Hilangkan Sakit Tumit Kaki Dengan 4 Kaedah Ini
Sakit tumit bukan hanya dialami oleh wanita berusia sahaja tetapi ada sesetengah golongan muda mengalami masalah ini. Sa kit sebelum waktunya ini pasti buat kita rasa tertekan.
Masalah berat badan merupakan punca terbesar masalah ini. Tak kurang juga disebabkan oleh gangguan tulang dan sebagainya. Jika anda memilih untuk tidak berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan lanjut ada baiknya anda cuba 4 petua ini.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sa kit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan. Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari.
1. Cara Satu
Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sa kit makin reda. Panaskan tungku selama 20 minit dan tekan pada kaki. Lakukan setiap hari pada tumit.
Balut kemas tungku panas tadi.
2. Cara Dua
Anda boleh juga menggunakan betik muda. Caranya adalah dengan memanaskan betik muda di atas api kecil. Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Lakukan setiap hari.
3. Cara Tiga
Setiap pagi biasakan minum segelas lemon panas. Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini bagi membuang toksin dan sekaligus meredakan masalah pada kaki.
4. Cara Empat
Setiap kali bangun pagi, amalkan makan bawang putih yang dibakar. Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk memulihkan masalah angin dan meredakan kesakitan.
Selamat mencuba!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply