6 Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan, Guna Air Gas Pun Boleh
Rajin memasak di dapur itu tidak salah. Namun kadangkala kealpaan kita sewaktu memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Memang agak susah nak sental jika periuk memang sudah terlajak hangus, meskipun telah guna pelbagai cara. Namun, jangan bimbang dan gusar, kami kongsikan petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
1. Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
2. Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia. Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat. Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
3. Garam dan Limau
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
4. Gunakan Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan as1dnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
5. Minuman berkarbonat
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat atau air gas. Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
6. Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Leave a Reply