Sedekah Bukan Hanya Dengan Memberi Wang Ringgit,Ini 8 cara Kreatif Untuk Anda Bersedekah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Sedekah Bukan Hanya Dengan Memberi Wang Ringgit,Ini 8 cara Kreatif Untuk Anda Bersedekah

Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan: “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi dan tangan yang di bawah adalah penerima”. (Riwayat Muslim)

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal.

Dengan bersedekah kita akan terhindar dari api nera ka dan sekali gus mampu membukakan pintu rezeki. Seperti yang sering kita dengar bahawa dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.

Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji,. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah: 261)

Sedekah adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.

Ia juga adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap redha Allah S.W.T dan pahala semata. Di dalam Al Quran, banyak ayat yang menyuruh kaum muslimin untuk sentiasa memberikan sedekah.

Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”. (An Nisaa: 114).

Berikut ialah cara kreatif dalam kemampuan kita untuk bersedekah :-

1. Sabun Basuh Tangan Di Masjid

Ada kebanyakan masjid yang kita pergi, tidak disediakan sabun. Tandas pula kadang-kadang agak berbau sebab tiada pewangi.

Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi. Kemudian letakkan di masjid yang berhampiran. Inshaa Allah, ramai yang dapat menggunakannya.

2. Selipar Untuk Masjid

Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk menggambil wuduk ataupun masuk ke tandas. Anda boleh menghadiahkan beberapa pasang selipar jepun dan letakkan di masjid.

3. Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling, simpan dalam tabung tetapi setiap hari Jumaat kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekahkan di Masjid atau kepada orang yang susah..

4. Berikan Baki Bayaran

Paling mudah untuk bersedekah adalah ketika membeli sarapan pagi di gerai tepi jalan, baki bayaran RM1 – RM2 tu kita sedekahkan buat makcik atau pakcik yang berniaga tu.

5. Kain Pelikat Dan Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau stesen minyak dan hentian rehat. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama.

Disamping itu, boleh juga sedekahkan di masjid yang biasa kita kunjungi disamping memungut kain pelikat atau telekung yang telah kotor. Kita bawa pulang untuk basuh atau hantar dobi.

6. Makanan Kucing

Walaupun kita tidak membela kucing, kita boleh membeli makanan kucing dalam pek yang kecil. Letakkan di dalam kereta dan jika kita kemana-mana dan terjumpa kucing berkeliaran, beri mereka makan. Kucing adalah makhluk kesayangan Rasulullah S.A.W.

7. Kertas & Pen

Dimana-mana majlis ilmu samada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid biasanya hadirin yang mendengar tidak membawa pen dan juga buku catatan.

Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 kemudian diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos yang tidak mahal tetapi memberi manfaat yang sangat besar.

8. Surah Al-Fatihah

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, isteri atau suami kita, kepada kedua ibubapa kita, para sahabat dan kenalan kita yang masih hidup dan yang telah mening gal dunia.

Bacakan juga Al-Fatihah untuk diri kita juga. Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa. Sedekah yang paling baik ialah apabila kita dapat memberikan sesuatu yang orang lain perlukan.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*