10 Amalan Yang Sia-sia Dilakukan Yang Tanpa Kita Sedar

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

10 Amalan Yang Sia-sia Dilakukan Yang Tanpa Kita Sedar

Tujuan kita hidup sebenarnya adalah untuk beribadah kepada Allah. Allah jadikan manusia dan jin itu semata-mata untuk hambanya itu beribadah kepadanya.

Jadi beribadahlah dengan ikhlas tanpa ada sedikit rasa riak atau hendak menunjuk-nunjuk. Jangan jadikan amalan baik yang kita lakukan itu sia-sia.

Namun, tidak semua amal ibadah kita diterima oleh Allah kerana mungkin terdapat kesilapan-kesilapan yang mungkin kita tidak sedari atau berpunca dari kelalaian kita sendiri.

10 Amalan Yang Sia-sia Dilakukan Jika…

1. SOLAT

Orang melakukan solat tetapi mereka memakan harta yang tidak halal. Contohnya adalah orang memakan harta anak yatim.

2. PUASA

Orang yang berpuasa sedangkan anggota badannya melakukan perkara atau perbuatan yang haram atau mak siat.

3. ORANG YANG BERSEDEKAH

Orang yang bersedekah tetapi hanya dengan berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

4. ORANG YANG BERDAKWAH

Orang yang sering melakukan dakwah tetapi hanya untuk mencari populariti.

5. ORANG YANG BERDOA

Orang yang berdoa kepada Allah SWT tetapi mereka tidak berdoa untuk kedua orang tuanya dan orang lain.

6. ORANG YANG MEMBACA ALQURAN

Seseorang yang membaca ayat-ayat suci alquran tetapi mereka tidak membacanya dengan penuh tertib.

7. ORANG YANG ZIARAH KU BUR

Orang yang datang menziarahi kubur tetapi tidak mengucap salam kepada penghuni ku bur.

8. ORANG YANG MEMBERI SALAM

Seseorang yang memberi salam tetapi dia berniat untuk bermain-main. Ini termasuklah bergurau senda dan sebagainya.

9. ORANG YANG MENJEMPUT TETAMU

Seseorang yang menjemput tetamu datang ke rumahnya tetapi tidak melayan tetamu yang datang itu.

10. PEMUDA DAN PEMUDI

Pemuda dan pemudi semasa mudanya telah menghabiskan masanya hanya dengan bersuka ria.

Mereka ini banyak menghabiskan masa mereka di tempat-tempat hiburan seperti kelab malam, tempat perju dian, lum ba haram dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang tidak berfaedah dan yang haram di sisi agama. Masa mereka untuk beribadah terlalu sedikit.

Semoga kita semua memahami dan mengetahui serba sedikit hal-hal yang berkaitan dengan amalan yang mana diterima dan yang mana tidak.

Kita mampu menggandakan pahala melalui amalan kita dan pada masa yang sama kita mampu membuatkan kita rugi tanpa sedar. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Islam Itu Indah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*