Doktor Ini Jelaskan Kenapa Kita Selalu Mengantuk Ketika Memandu

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Doktor Ini Jelaskan Kenapa Kita Selalu Mengantuk Ketika Memandu

Kepada mereka yang memandu kereta ataupun menunggang motorsikal, mesti anda pernah terlelap ketika kita membawa kenderaan. Perkara seperti ini semestinya boleh mengundang kepada kemala ngan sehingga boleh membawa kepada kema tian.

Masalah ini dipanggil Microsleep di mana kita terlelap atau tertidur secara tidak sengaja. Ikuti perkongsian dari Dr. Ahmad Zakimi tentang masalah microsleep ini.

Apakah itu microsleep? Mungkin ada yang pernah dengar. Microsleep adalah episod di mana kita terlelap atau tertidur seketika secara tak sengaja selama 2-30 saat. Fenomena ini menyebabkan kehilangan input deria pendengaran dan penglihatan yang diproses di otak.

Cuba bayangkan jika fenomena ini berlaku semasa memandu. Mata tertutup ataupun masih terbuka, pandangan terus hilang, kepada tersengguk-sengguk, pendengaran kosong dan tangan terlepas dari steering hanya beberapa saat sahaja, maka berisi ko terlibat dalam kemala ngan.

Kalau terjadi masa tengok TV atau depan laptop tak apalah. Tak pun jatuh kerusi saja.

Microsleep berisi ko terjadi jika seseorang itu tidak cukup tidur, kepenatan dan kemurungan. Jika kita memandu, sepatutnya kita tidak berada dalam keadaan berisi ko ini. Cukupkan rehat dan tidur. Kalau mengantuk ketika memandu, berhenti di mana-mana RnR dan tidur secukupnya. Rehatkan badan dan minda. Jangan paksa diri.

Hati-hati memandu, ingatlah orang yang tersayang sedang menunggu di rumah.

Sumber dari Twitter Dr. Ahmad Zakimi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*