
4 Posisi Tidur Yang Betul Ikut Penyakit
Tak kisah la sakit apa pun rasa cara terbaik nak hilangkan adalah dengan tidur. Tapi kalau dah sakit sangat semua posisi tidur rasa tak selesa. Ni kami senaraikan 4 posisi tidur yang betul untuk tingkatkan tahap kesihatan korang.
1. Kalau sesiapa ada sinus yang teruk, korang digalakkan tidur dengan cara macam ni.
2. Ni cara tidur kalau korang ada masalah penghadaman
3. Ni cara tidur kalau korang tengah sakit kepala
4. Buat perempuan yang tengah PMS, ni lah cara tidur yang sesuai.
POSISI TIDUR TERBAIK UNTUK TIDUR YANG LEBIH BERKUALITI
Seperti makan, tidur merupakan keperluan setiap manusia yang perlu dinikmati sebaik-baiknya. Dalam menjalani gaya hidup sihat, bukan setakat cara pemakanan sihat sahaja yang anda perlu tahu, cara tidur yang baik juga memerlukan sedikit pengetahuan agar setiap saat yang digunakan untuk tidur terasa bermakna sebaik sahaja anda terjaga.
Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti tidur dengan memilih posisi tidur yang paling tepat untuk anda.
1. TIDUR SECARA TERLENTANG
Tidur secara terlentang dengan kedua-dua belah tangan disisi juga dikenali sebagai posisi ‘S0ldier’. Posisi ini merupakan salah satu posisi yang paling bagus dan disukai oleh askar dan diperakui kebaikannya oleh pakar.
Tidur secara terlentang boleh membantu menyelaraskan tulang belakang anda dan membahagikan berat badan ke seluruh tubuh secara sama rata. Anda juga boleh meletakkan bantal kecil di bawah bahagian belakang lutut untuk sokongan tambahan dan keselesaan untuk tidur yang lebih berkualiti.
KEBAIKAN
- Kedudukan tulang belakang yang rata dapat membantu menyelaraskan tubuh badan dengan lebih mudah
- Dapat mengekalkan postur tulang belakang untuk mengelakkan sakit leher
- Mengelakkan kedutan di wajah kerana muka anda tidak bersentuhan dengan bantal.
KEBURUKAN
- Sukar bagi mereka yang berdengkur atau mempunyai “sleep apnea”
- Menjadi penyebab sakit tulang belakang bawah jika tidak disokong dengan betul
2. TIDUR MENGIRING
Dianggap sebagai posisi tidur paling terkenal oleh National Sleep Foundation, tidur mengiring paling digemari oleh ramai orang disebabkan oleh keselesaan dan banyak kebaikan. Ramai juga doktor yang menyarankan agar anda tidur mengiring ke bahagian kiri kerana ianya membantu mengurangkan tekanan dari org4n dalaman anda.
KEBAIKAN
- Membantu mengurangkan kecenderungan untuk berdengkur dan “sleep apnea”
- Meletakkan bantal di antara kedua-dua belah kaki dapat membantu membetulkan tulang belakang anda
- Lebih kondusif untuk tidur bagi mereka yang mengalami sakit belakang
KEBURUKAN
- Membuatkan wajah berkedut selepas terlalu lama bersentuh dengan bantal
- Boleh menyebabkan sakit bahu
- Tidur mengiring belah kanan boleh meletakkan tekanan kepada paru-paru dan perut anda
3. POSISI TIDUR SEPERTI JANIN
Hampir sama seperti tidur mengiring, tetapi posisi ini lebih digemari disebabkan ia memberikan keselesaan tambahan buat mereka yang tidak sabar untuk terlena lebih cepat. Posisi tidur seperti janin ini terkenal kerana ianya pilihan terbaik untuk wanita mengandung. Apabila berada dalam posisi ini, biarkan tu buh badan anda relaks ketika meringkuk.
KEBAIKAN
- Meringankan beban di bahagian abdomen dan meningkatkan peredaran da rah ke jantung
- Tidur mengiring ke bahagian kiri juga mengurangkan pedih ulu hati dan refluks as1d
- Memberi keadaan yang lebih baik untuk otak memproses dan membersihkan sisa, yang dapat membantu mencegah kondisi neurologi seperti Alzheimer atau Parkinson
KEBURUKAN
- Meringkuk terlalu erat boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan sakit sendi
4. TIDUR MENIARAP
Tidur dalam posisi ini tidak memberi anda banyak kebaikan kerana kesan negatifnya jauh lebih banyak berbanding kesan positif. Posisi ini membuatkan kepala berada di satu sisi dan tulang belakang anda tegak dalam keadaan yang luar biasa sepanjang malam, dan boleh menyebabkan kesakitan di bahagian leher dan sakit tulang belakang bawah pada hari yang berikut.
KEBAIKAN
- Mengurangkan dengkuran sewaktu tidur dan “sleep apnea”
KEBURUKAN
- Menyebabkan sakit tulang belakang bawah dan sakit leher
- Menyebabkan tekanan pada otot dan sendi
- Menyebabkan kedut dan kendur di wajah disebabkan muka bersentuh terlalu lama dengan bantal
Apa kata anda berkaitan artikel ini. Jika bermanfaat boleh kongsi kepada yang lain.
Leave a Reply