Bayi Kerap Menggaru Kepala? Ibu Bapa Janganlah Pandang Ringan.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Bayi Kerap Menggaru Kepala? Ibu Bapa Janganlah Pandang Ringan.

Bayi sememangnya comel sejak dari hari pertama dia dilahirkan terutamanya bayi yang tembam. Pasti setiap pergerakannya membuatkan hati kita tersentuh dan kita tidak pernah berasa letih untuk melayan telatah mereka bukan?

Tetapi jika bayi kerap melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang, maka anda perlu rasa sedikit bimbang dan mungkin perlu mendapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri di China menyedari anak mereka yang berusia satu tahun bernama An An kerap menggaru kepalanya.

Pada mulanya, ibu bapa ini menyangka itu adalah tindakan biasa bayi kerana sifat ingin tahunya yang begitu tinggi (menyentuh rambut dan kepala atau mana-mana bahagian tu buh badan yang lain).

Walau bagaimanapun, dua minggu kemudian, ibu tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu. Dia menyedari An An masih kerap menyentuh kepalanya dan ekspresi wajahnya kelihatan seperti dia sedang menanggung kesakitan kerana bayi itu juga kerap mengerutkan dahinya.

Kerana naluri keibuannya yang kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada bayinya itu, dia kemudiannya membawa bayinya berjumpa pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan.

Selepas didiagnosis baharulah mereka tahu bayinya itu menghidapi jangkitan otitis m3dia, iaitu satu keadaan di mana bahagian tengah telinga mengalami keradangan dan jangkitan.

Ibu bapa itu diberitahu oleh doktor bahawa keadaan An An agak teruk kerana jangkitan telah berlaku untuk seketika waktu. Hal ini telah membuatkan mereka merasa bersalah terhadap bayi itu kerana menyangka selama ini tindakan itu hanyalah isyarat biasa rupa-rupanya tidak.

Mujurlah doktor mengatakan tidak terlalu terlambat untuk bayi mereka mendapat rawatan dan peluang untuk pulih sepenuhnya cukup tinggi. Namun, keadaan boleh menjadi lebih teruk sekiranya mereka berjumpa doktor lebih lambat lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*