Stress Uruskan Rumahtangga, Tak Ramai Suami Sanggup Tahan – Doktor Taufiq
Bila isteri mulai stress atau didalam tekanan, tak kiralah atas urusan ditempat kerja mahupun urusan rumahtangga suami patut rasa susah hati. Suami kena ambil berat bila isteri menunjukkan tanda-tanda nak stress. Bukan apa, bahaya bila isteri mulai stress ni, kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kesihatan dan kecantikan dalaman mahupun luaran seorang isteri. Para suami mohon take note!
Jom baca perkongsian ilmu daripada Doktor Taufiq Razif ini;
Stress buat kerja rumah ni bukan tekanan yang direka reka ataupun sebab isteri kita manja. Bukan! Ianya satu tekanan yang emosi yang sangat mendera kalau pasangan kita jenis tak memahami dan tak membantu.
Saya pernah terduduk rebah bila terpaksa jadi surirumah masa isteri saya berpantang anak pertama dulu. Stress menguruskan rumahtangga ni tak ramai suami yang sanggup tahan!
Sampai sekarang saya faham kalau isteri saya mengadu kepenatan jaga anak sebab saya dah rasainya sendiri dulu. Tu yang saya kadang-kadang bagi je peluang isteri ber-‘me time’ dengan hobi menanam orkid kesayangannya tu.
Buat la apa pun sayang, asalkan kurang stress tu!
Kenapa saya tak nak isteri saya stress?
Saya tahu efek stress ataupun tekanan emosi ni akan memakan diri pasangan kita secara fizikal dan juga mental. Kalau tak percaya cuba tengok efek stress ataupun tekanan emosi ni pada pasangan kita sendiri.
1. Haid Jadi Tak Teratur
Perasan tak kadang-kadang haid si dia jadi tak teratur dan kacau bilau? Mungkin isteri kita tengah stress la tu! Ikut kajian, stress yang akut ataupun kronik boleh membuatkan hor mon tu buh menjadi tak stabil.
2. Rambut Gugur
Stress pada emosi dan psikologi boleh membuatkan rambut beransur ansur masuk ke fasa kegu guran. Stress pada tahap tertentu boleh menyebabkan isteri kita mengalami Tellogen Effluvium! Stress melampau ni akan menyebabkan folikel rambut masuk kepada fasa berehat. Dalam beberapa bulan kemudian, rambut boleh tiba-tiba je gugur waktu menyikat dan waktu tengah mandi!
3. Jerawat Naik
Stress ataupun tekanan emosi memang akan meningkatkan hor mon cortisol dalam tubuh badan pasa ngan kita. H0rmon ni la nanti yang akan menyebabkan kalenjar minyak pada wajah si dia merembeskan lebih banyak minyak. Tanpa sedar, wajah isteri kita jadi makin berminyak dan penuh jerawat!
4. Cepat Gemuk
Bila isteri gemuk je kita salahkan diorang kan? Padahal mungkin isteri kita naik berat badannya sebab tengah menahan stress yang melampau!
Hor mon cortisol yang keluar ketika isteri kita tengah stress menyebabkan metabolisma badan jadi makin menurun! Bukan tu je, stress yang melampau juga boleh menyebabkan selera makan bertambah dan juga “sugar cravings ”.
5. Kurang Su bur
Kajian terkini mengatakan wanita yang tinggi enzim alpha-amylase mempunyai kesukaran untuk mengandung. Lebih mengejutkan lagi, enzim alpha-amylase tu dikaitkan dengan stress! Wanita yang mempunyai enzim ni pada kitaran haidnya dalam jumlah yang tinggi akan 12% lebih kurang peluang untuk hamil dibandingkan dengan wanita lain!
Ni la kenapa saya tak nak isteri saya stress sangat. Saya tahu kalau betul la saya nak isteri saya cantik dan sihat luaran dan dalamannya saya kena pastikan tahap stress isteri saya berada dalam keadaan yang terkawal.
Hidup rumahtangga mana la yang tak stress kan? Tapi sekurang-kurangnya kita sebagai suami ni la yang kena ringankan bebanan tekanan tu bersama-sama isteri kan. Baru la orang kata ‘ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ‘ dan bukannya ‘ awak yang pikul, awak yang jinjing ‘.
Tolong ajar dan sebarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing ye. InsyaAllah rumahtangga yang harmoni datang daripada pasangan yang memahami.
Sumber: Taufiq Razif
Leave a Reply