Ini Sebabnya Kenapa Ramai Alah Pada Makanan Laut

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ini Sebabnya Kenapa Ramai Alah Pada Makanan Laut

Kenapa ramai alah pada makanan laut? Ikan pun tak boleh ?

Makanan laut perlu dimakan segar. Lepas ditangkap dimasak dan dimakan. Jika tak boleh masak terus, kenalah masukkan peti sejuk secepat mungkin dan nyah bekukan bila nak masak.

Ada sesetengah ikan yang ada atas kulitnya jenis bakte ria yang bila ikan itu sudah ma ti akan mengeluarkan histamine. Ini bahan yang cetuskan gatal . Itu yang jadi istilah ‘ikan gatal’ termasuk ikan kembung dan ikan sardin.

Begitu juga makanan laut yang lain, udang, kerang dan ketam. Kerang pula disebabkan kerang sedut air laut untuk dapatkan makanannya jika tempat yang kerang itu berada tercemar dengan bakte ria contohnya e c0li maka kerang mengandungi bakte ria itu. Bila kita makan kerang mentah seperti yang sudah dipopularkan memakan kerang yang hanya dijirus air panas, ada kemungkinan kita dapat kera cunan makanan.

Ini belum lagi mengambil kira pencemaran kimia yang sering berlaku sekarang dimanan sisa dari kilang dibuang kedalam laut dan menyebabkan laut menjadi tercemar dengan logam berat seperti merkuri.

Belum juga kerja peraih ikan, selalunya orang tengah yang beli ikan dari nelayan dan jual semula kepada orang ramai . Mereka ini tidak mahu rugi. Kalau ikan dan udang yang mereka nak jual bau busuk dan kelihatan tidak segar maka mereka akan rugi .

Jalan keluarnya: Letak pengawet dalam produk mereka itu . Pengawet yang sering digunakan adalah as1d borik dan formalin. Nyata ini ra cun sebenarnya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia .

Apa pula dengan udang yang diternak ? Sesetengah cara ternakkan udang bela udang yang banyak dikawasan yang kecil maka udang ini senang dijangkiti bakte ria . Apa penyelesaian mereka? Letak antibiotik pada kolam ternakkan maka udang itu mengandungi antibiotik.

Apa jalan keluar kita?

  • Beli dari nelayan ditepi pantai
  • Beli dari orang yang beretika : Ada sesetengah pasaraya yang akan beli dari nelayan serta ada polisi yang beretika dan tidak letak pengawet yang tidak dibenarkan .
  • Tangkap ikan sendiri
  • Bela ikan sendiri

Semasa saya di Purwakarta beberapa tahun lepas , saya lihat setiap rumah ada kolam ikannya dan nyatanya bila makan ikan bakar yang dijual di rumah makan disana, ikannya walaupun ikan darat segar dan sedap.

Purwakarta yang ada diantara Jakarta dan Bandung adalah kawasan bukit bukau yang amat bersih dari pencemaran dan tanah disana amat subur sehinga petani tdak perlu gunakan k1mia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*