Epal Hijau Atau Epal Merah, Yang Mana Satu Lebih Baik
Epal adalah buah paling popular dan penuh dengan nutrisi yang baik untuk kulit dan tu buh. Kaya dengan serat, antioksida dan Vitamin C, epal antara buah terbaik untuk diet. Ia membuatkan anda kenyang dan mengandungi kalori yang rendah.
Menurut laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram kabohidrat manakala epal merah, 15 gram kabohidrat.
Tidak banyak beza dan pakar diet mengesyorkan untuk anda mengambil 45% kalori daripada kabohidrat.
1. Kandungan Gula
Epal terkenal dengan khasiat yang mampu mela wan penyakit di4betis. Tetapi jika dikira daripada jumlah kandungan gula, epal hijau lebih selamat untuk penghidap kencing manis.epal hijau atau epal merah, khasiat epal hijau, khasiat epal merah, manfaat epal merah, manfaat epal hijau
Epal merah mengandungi kandungan gula (yang asli dan selamat, tidak seperti gula untuk minuman) yang lebih manis dan tidak masam.
Bagaimanapun, kandungan gula dan epal tidak mengandungi kalori seperti gula yang diproses.
Epal Merah atau Epal Hijau?
Epal hijau terbukti megandungi lebih banyak nutrisi terutamanya di bahagian kulit namun, tidak kisah merah atau hijau, anda disarankan untuk tidak memarut kulitnya sebelum makan.
Kedua-duanya berkhasiat apatah lagi jika anda memilih yang organik. Apa yang penting, anda tidak digalakkan makan epal melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat.
Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain. Cukup hanya satu atau dua biji sehari.
Leave a Reply