Kesalahan Dalam Solat Yang Sering Dilakukan
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” [HR Thobrani]
Indahnya-Solat
Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW di Israkkan ke langit untuk menerima perintah solat dan solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita.
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari. Semoga memberi manfaat kepada kita, Insya-Allah..
1. Tidak berdiri lurus
Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sa kit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus.
Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan!
Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekiranya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah
Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ.
Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud
Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”.
Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencu ri adalah orang yang mencu ri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencu ri solat itu wahai Rasulullah?”
“Iaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai
Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun ‘Alaih]
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah
Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli.
Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini.
Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati
Dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat
Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat.
Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal
Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk. Dada berpaling dari kiblat.
Sumber: Soutulmujahid
Leave a Reply