Larangan Ketika Berpantang Yang Bawa Mudarat Kalau Tak Ikut

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Larangan Ketika Berpantang Yang Bawa Mudarat Kalau Tak Ikut

Penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin sangat dipandang remeh oleh ramai orang pada hari ini. Terutamanya larangan semasa berpantang, amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Sememangnya diakui, amalan-amalan ini diakui remeh dan leceh, namun demi untuk kesihatan badan jangka masa panjang, ia wajar diamalkan.

Berpantang adalah perkara wajib bagi mana-mana ibu yang baru selepas bersalin atau yang baru kegu guran. Ini kerana, dengan berpantang, ia membantu agar tu buh ibu kembali segar semula.

Bertungku dapat lembutkan otot dan urat yang berselirat, lancarkan pengeluaran da rah nifas, kecutkan rahim, pecahkan angin dalam badan serta bantu keluarkan ketulan ‘da rah bantal’.

Jumlah hari berpantang adalah berbeza mengikut keadaan ibu berpantang itu sendiri. Ada yang gemar memilih untuk berpantang 44 hari, ada yang nak 60 hari dan tidak kurang juga yang berpantang selama 100 hari. Namun hendak ditegaskan, jika da rah nifas telah berhenti lebih awal dari tempoh 40 hingga 60 hari, anda sebenarnya sudah boleh mandi wajib untuk menunaikan solat dengan segera manakala amalan berpantang tadi boleh terus diamalkan sehingga tamat tempoh berpantang iaitu pada hari ke-44 hingga ke-60 selepas bersalin. Jelas?

Tidak dinafikan, ramai tak gemar mengikuti tempoh berpantang kerana ia dianggap leceh dan menyusahkan. Namun begitu, demi menjaga kesejahteraan diri ia perlulah dituruti biarpun ada sesetengah yang menaggap berpantang sebagai perkara tabu.

Kesannya mungkin tak dapat dilihat sekarang tetapi kesannya akan berlaku sesudah tua. Untuk pengetahuan semua wanita di luar sana, ini kami senaraikan beberapa pantang larang semasa menjalani proses berpantang.

1. Tak pakai stokin

Membiarkan kaki sejuk dan dimasuki angin akan mengganggu proses ibu berpantang untuk sembuh. Jadi, pemakaian stokin sangat disarankan bagi ibu berpantang.

2. Ibu jari kaki terhantuk/terlanggar di tempat keras

Ibu jari kaki jika terhantuk boleh menyebabkan bentan. Ada ibu yang sakit sehingga pitam akibat bentan. Ibu jari mempunyai titik tertentu yang boleh memberi kesan kepada badan lebih-lebih lagi badan yang lemah selepas bersalin.

3. Elak mandi air sejuk

Semasa berpantang, digalakan mandi air rebusan daun herba yang suam. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Elakkan badan menggigil ketika mandi. Ratakan air menggunakan tangan.

4. Jangan tidur dan keluar rumah masa senja

Selepas bersalin, badan masih lemah dan belum suci sepenuhnya. Sya1tan yang berkeliaran akan mengganggu ibu berpantang dari segi fizikal mahupun emosi.

5. Jangan tidur mengudang atau mengiring

Tidur nagi orang berpantang haruslah dalam posisi lurus secara menelentang. Bantal juga harus ditinggikan (kedudukan kepala diselarikan dengan kedudukan tu buh) agar bisa mengurangkan rasa pening atau sakit kepala. Kaki jugaharus dirapatkn bagi mempercepatkan peranakan sembuh semula.

6. Jangan menyangkung

Bercangkung boleh menyebabkan tumpah da rah dan rahim terkeluar. Oleh itu bercangkung sangat dilarang bagi ibu baru bersalin.

7. Jangan terlalu aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika anda ditemani pembantu atau orang yang boleh mengawasi anda dalam masa yang sama bagi menguruskan bayi dan lain-lain. Ini akan bantu pulihkan tenaga luar dan dalam kerana si ibu telah banyak kehilangan tenaga sewaktu bersalin. Biarkan tubuh benar-benar dapat rehat secukupnya okay?

8. Jangan makan ubi

Ibu dalam pantang tak dibenarkan mengambil sebarang makanan atau lauk-pauk yang mengandungi ramuan berasaskan ubi. Ubi yang dimaksudkan adalah keledek, ubi kayu, keladi kerana makanan ini akan mengganggu pencernaan si ibu malah akan menyebabkan sakit perut seperti kembung perut. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang menyusukan bayi. Khabarnya sakit itu boleh menjangkiti bayi juga.

9. Mandi Tak Berbangku

Dah kata tadi para ibu yang baru bersalin tak boleh bergerak secara kasar walaupun anda sudah berasa sihat dan bertenaga sekalipun. Duduk mencangkung atau regangan yang dilakukan tu buh akan mengeluarkan tenaga seterusnya dapat membantutkan pemulihan rahim serta peranakan. Duduklah dibangku ketika mahu mandi, sesungguhnya tu buh anda masih lemah.

10. Jangan Tidur Semasa Matahari Naik (Tengahari)

Tidur waktu tengahari boleh sebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit. Ada baiknya jika ibu yang berpantang ini tadi bersiar-siar di tepi beranda rumah (jika larat) atau duduk di tepi-tepi tingkap rumah untuk dapatkan cahaya matahari. bila dapat hirup udarasegar sambil lihat pemandangan sekeliling, pasti tu buh dapat sembuh dengan sempurna.

Selamat beramal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*