Sebab Selalu Suami Berlaku Cvrang Ketika Isteri Berpantang

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Sebab Selalu Suami Berlaku Cvrang Ketika Isteri Berpantang

Biasanya, kalau selepas bersalin, isteri akan ‘demand‘ untuk balik kampung duduk dengan emak dia. Katanya, ada orang boleh tolong tengok-tengokkan, ada orang jaga. Kalau mahu harap suami, memanglah tidak boleh harap sangat.

Dan lagi, emak boleh tolong masakkan. Tak perlu susah-susah. Lagipun, emak sendiri, bukannya emak mertua. Boleh manja-manja kan?

KENAPA SUAMI CVRANG KETIKA ISTERI BERPANTANG?

Namun, tahukah bahawa perkara sebegini adalah antara bibit-bibit yang boleh membuatkan suami cvrang ketika isteri berpantang. Apakah antara sebab itu?

1. MENDAPAT KEBEBASAN

Bila isteri berada jauh di kampung, maka di sinilah bermulanya langkah suami yang rasa dirinya bebas. Ini adalah peluang yang pertama, kerana bila berjauhan, macam-macam boleh jadi. Siap ada yang bawa balik rumah! Nauzubillah.

Sudah tentu bila ada anak kecil, anak itu juga akan di ‘eksport‘ juga ke kampung. Lain kali, biar pantang di rumah sendiri. Biar dia tolong isteri, sengkang mata sama-sama.

2. HASUTAN KAWAN-KAWAN

Mulalah ada yang mengajak, “Eh, relakslah bro. Bini kau bukan ada kat rumah. Kat kampung kan? Masa ni la kita enjoyyyy. Jom pi mass4ge?”

3. TIADA PANTUAN DARI PIHAK BERWAJIB

Apa tidaknya, isteri jauh di kampung. Maka terlepaslah dia dari kena audit telefon bimbit. Malahan pu kul berapa suami balik juga tiada siapa peduli.

4. SUAMI ‘BAJET‘ SINGLE

Apa tidaknya, bila jalan berseorangan, tampak seperti lelaki bujang trang-tang-tang pula. Bila berpakaian kemas sejurus balik pejabat, tentu ada mata-mata yang menyinggah.

5. TIDAK HARGAI PENG0RBANAN ISTERI

Kalaulah suami tahu betapa sakitnya isteri melahirkan anak, tentu dia tidak sanggup cu rang. Lain kali, cuba bawa suami masuk dalam labour room. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri.

Sekarang ini, sudah banyak hospital yang membenarkan suami masuk dalam labour room untuk temankan isteri. Mesra suami katanya.

6. ADA 4 KUOTA

Ada juga suami yang berkata, “Eh, kenal-kenal dengan perempuan lain je, bukannya ada apa-apa. Itu pun cvrang ke? Kau pahal, aku kan ada 4 kuota!”

Nak buat macam mana suami yang macam ni?

7. PANTANG LAMA SANGAT, SAMPAI 100 HARI

Yang 44 hari pun tak boleh tahan, inikan lagi yang 100 hari. Wahai suami, 100 hari tu bukannya untuk isteri. Itu untuk kamu juga.

Bagi isteri peluang untuk ‘recover‘ sepenuhnya. Bukannya isteri tak mahu ‘bagi‘, cuma bawa bersabar boleh tak?

8. KAHWIN KERANA N4FSU

Bila kahwini isteri semata-mata nak ‘main‘, maka beginilah jadinya.

9. RASA SUNYI

Antara alasan lain ialah sunyi katanya. Biasa bila balik rumah, ada orang yang dia boleh sembang. Bila sendirian begini, mulalah rasa sunyi

10. RASA BOSAN

Bukan sahaja sunyi, suami pula kata rasa bosan. Sampai rumah, tidak tahu nak buat apa. Itu yang suami ligat capai handphone main. Kena pulak terjumpa dengan perempuan lain yang bosan juga.

11. RASA DIRI TERABAI

Apa tidaknya, masa isteri ada, semuanya disediakan. Makan pakai semua lengkap. Bila isteri berpantang, mulalah rasa isteri hanya pentingkan baby sahaja. Bila rasa terabai begini, mulalah suami cari seseorang yang boleh ‘caring‘ pada dia.

Sebenarnya, penat bila bercerita tentang kisah suami cvrang ketika isteri berpantang ini. Sudahlah penat mengandung, bila berpantang, begini pula suami layan isteri.

Semakin hari, semakin banyak kes ini terjadi. Kalau bukan kawan terdekat, dari kawan punya kawan kepada kawan terdekat. Rasa-rasanya, apa penyelesaian terbaik untuk kes suami cvrang ketika isteri berpantang ini? Apa solusinya?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*