9 Sebab Mengapa Garam Bukit Lebih Baik Dari Garam Biasa
Anda tahu apa itu garam bukit? Garam bukit adalah garam organik kaya dengan pelbagai khasiat selain bersih dan mempunyai struktur geomatri kristal sempurna.
Menakjubkan! Garam bukit juga mengandungi 84 jenis mineral diperlukan tu buh manusia, yang tidak terdapat di dalam garam biasa. Antara mineral itu termasuklah kalium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.
Garam bukit kini semakin popular digunakan dalam kalangan mereka yang mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan. Apakah khasiat garam bukit ini?
1. Membantu proses penghadaman
Garam bukit membantu sistem penghadaman serta mengurangkan sakit perut secara semula jadi. Masukkan sedikit garam bukit dan daun pudina segar ke dalam minuman kegemaran anda.
Amalkan merasa secubit garam sebelum dan selepas makan membantu mencerna protein kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu seterusnya disalurkan melalui sistem buah ping gang.
2. Meningkatkan kadar metabolisme
Pengambilan garam bukit membantu merang sang metabolisme tubuh dan meningkatkan fungsi tu buh.
3. Menstabilkan tekanan da rah
Kandungan kalium yang tinggi dalam garam bukit membantu menstabilkan tekanan da rah dengan mengekalkan keseimbangan tekanan da rah tinggi dan rendah.
4. Merang sang sistem imunisasi
Kandungan mineral dalam garam bukit sangat membantu dalam memulihkan sistem pertahanan tu buh. Ia mampu mela wan bak teria berbahaya dan mencegah dari dijangkiti penyakit.
5. Merawat resdung
Bagi sesiapa yang mende rita penyakit resdung dan masalah pernafasan, berkumurlah dengan air yang dicampur dengan garam bukit. Ia dapat membantu melegakan sakit tekak, batuk kering, dan radang tonsil.
6. Bantu tidur lena
Garam bukit juga mengawal tahap melatonin, sekaligus menjadikan tidur lebih lena dan segar apabila bangu dari tidur.
7. Mengurangkan berat badan
Bagi anda yang mahu mengurangkan berat badan, amalkanlah pengambilan garam bukit kerana ia mengurangkan ketagihan gula dengan mengaktifkan semula insulin, seterusnya mengurangkan berat badan.
8. Kurangkan stres
Jika mahu merehatkan tu buh dan minda untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan anda, berendamlah di dalam air yang dicampurkan dengan garam bukit.
9. Membersihkan udara
Garam bukit membantu menstabilkan dan mempertingkatkan kualiti udara. Anda hanya perlu meletakkan sebiji lampu garam bukit di dalam bilik untuk menjadikan udara lebih bersih.
Ubahlah gaya hidup anda sekarang untuk hidup lebih sihat. Anda mampu mengubahnya.
Leave a Reply