2 Cara Nikmati Jus Pegaga Yang Enak Dan 100% Berkhasiat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

2 Cara Nikmati Jus Pegaga Yang Enak Dan 100% Berkhasiat

Ulam pegaga bukan sahaja sering dijadikan pilihan menu pelengkap untuk menikmati hidangan tengah hari. Istimewanya pegaga ini apabila dimakan bersama nasi panas dan digandingkan pula dengan sambal belacan, kelazatannya sukar untuk digambarkan. Cukup menyelerakan!

Namun, bagi yang tidak gemar menikmatinya dengan cara dimakan terus. Ada baiknya cuba rasai kesedapan jusnya pula. Ini memandangkan pegaga cukup banyak khasiatnya. Terasa rugi pula jika tidak diserap setiap nutrisi yang ada pada pegaga tersebut. Dikatakan herba berdaun hijau ini jika diamalkan akan memberi impak hebat pada kecantikan seseorang.

Antara Lain Kebaikan Pegaga:

  • Serikan Wajah
  • Kecutkan Peranakan
  • Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
  • Mengubati Sakit Kepala
  • Mengubati penyakit sengal-sengal badan

JUS PEGAGA + EPAL HIJAU + NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat pegaga dengan batang
  • 1 epal hijau
  • 1 cawan jus nanas

CARA-CARANYA :

  1. Cuci bersih dan masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar halus dan sedia untuk dinikmati.

JUS PEGAGA+LIMAU NIPIS

BAHAN-BAHAN:

  • Segenggan pegaga
  • 1 biji limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 cawan air

CARA-CARANYA :

  1. Kisar pegaga bersama dengan air dan gula hingga halus.
  2. Tuangkan jus ke dalam gelas.
  3. Perahkan limau nipis dan kacau rata.
  4. Sedia utnuk dinikmati.

Minum setiap pagi, waktu perut kosong atau petang. Boleh minum selang seli dengan jus buah yang lain.

Sumber : Mastura Ab Rashid’s / Amanda Tan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*