Khasiat Bawang Merah Kepada Kesihatan Dan Kecantikan

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Khasiat Bawang Merah Kepada Kesihatan Dan Kecantikan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah mempunyai khasiat yang banyak terutama kepada kesihatan, selain kepada rambut dan kulit. Bawang merah sudah berkurun lamanya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, lebih kepada rawatan tradisional dan remedi.

Baunya yang kurang enak mungkin tidak menyenangkan kita, tetapi kalau kita pandai mengawal atau menghilangkannya selepas makan, ia boleh menjamin kesihatan kita untuk jangka masa yang lama.

Ianya boleh disajikan di dalam pelbagai jenis juadah dan mudah untuk dimakan. Bawang merah mengandungi banyak bahan nutrisi yang boleh menjauhkan anda dari masalah kesihatan, antaranya adalah dinyatakan di bawah:

Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan

Bawang merah tidak dinafikan banyak manfaat untuk kesihatan, ketahui antaranya di bawah:

1. Bawang merah mengandungi antibiotik, antiseptik dan antimikrob yang boleh menjauhkan anda daripada jangkitan ku man.

2. Bawang merah mengandungi banyak sulfur, serat, potasium, vitamin B, vitamin C dan rendah lemak, kolestrol dan sodium.

3. Ia boleh merawat demam, selesema, batuk, sakit tekak, alahan dan lain-lain. Campuran bawang merah dan madu boleh mencepatkan proses penyembuhan.

4. Potongan bawang merah boleh melegakan kesan dan simptom demam, jika diletakkan di dahi.

5. Cebisan kecil bawang merah boleh mengurangkan atau memberhentikan penda rahan hidung.

6. Bawang merah boleh merawat insomnia ataupun masalah untuk tidur. Ini boleh membantu anda untuk tidur nyenyak setiap malam.

7. Bawang merah boleh membantu sistem penghadaman. Jika anda mengalami masalah penghadaman, makan bawang merah boleh menyembuhkanya dengan meningkatkan kadar penghasilan enzim pencernaan.

8. Cecair bawang merah boleh merawat kesan terbakar pada kulit ataupun kesan gigitan/sengatan. Ia boleh memberikan rasa yang pedih pada mulanya, tapi itu adalah proses penyembuhan.

9. Bawang merah boleh mencegah kan ser – ini merujuk kepada kan ser pada kepala, leher dan usvs.

10. Anda boleh mengelakkan daripada mendapat osteoporosis dan atherosclerosis dengan mengamalkan bawang merah setiap hari.

11. Bawang boleh meningkatkan kadar insulin di dalam badan dan mengelakkan dia betes dengan mengawal kadar gula di dalam da rah.

12. Kolestrol boleh menyebabkan masalah jantung, ia boleh dibakar dengan pengambilan bawang merah setiap hari. Ini boleh menjauhkan anda dari penyakit jantung, pada masa yang mengawal kadar kolestrol dalam badan.

13. Keradangan dari arthritis juga boleh disembuhkan dengan bawang merah.

14. Salah satu cara untuk menghilangkan kesan warna hitam pada wajah anda adalah dengan mencampurkan tumisan bawang merah dengan kunyit pada kawasan tersebut.

Bagaimana Untuk Memilih Bawang Merah?

Jika anda ingin mengamalkan pemakanan dengan bawang merah, adalah terbaik sekiranya anda mengetahui bagaimana untuk memilih dan menyimpan bawang ini agar kekal lama.

1. Pemilihan

Semasa membeli, pilihlah yang bersih, dalam bentuk yang baik, dan tidak terpotong. Pilih bawang merah yang keras, kering, warna yang terang.

Elak daripada membeli bawang yang terasa lembik, dalam keadaan basah/lembap ataupun mempunyai kulat.

2. Penyimpanan

Bawang merah yang kering boleh disimpan untuk beberapa bulan. Bawang sebaiknya disimpan pada tempat yang kering dan pengudaraan yang baik. Elakkan menyimpan bawang di dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan bawang tersebut menyerap kelembapan.

Apa kata anda. Dah sediakan bawang untuk manfaat berikut? Jika perkongsian ini bermanfaat sila kongsikan. Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*