Pesanan Ustaz 6 Pantang Larang Dalam Rumah Tangga
Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia.
Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.
Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubvngan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga.
Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubvngan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elyas ini patut kita dengar.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cembvru atau kemarahan pasa ngan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasa ngan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasa ngan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasa ngan kita.
3. Jangan Abaikan Pasanngan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Berb0hong
Paling penting jangan sesekali berb0hong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pemb0hong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang k3ji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa.
Semoga perkongsian ini membantu para suami isteri mengecap kebahagiaan di alam perkahwinan. Semoga kekal hingga ke jannah.
Leave a Reply