Hilang 10kg Dalam 2 Minggu Dengan Telur Rebus

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Hilang 10kg Dalam 2 Minggu Dengan Telur Rebus

Ramai tak tahu telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.

Ya, memang penurunan yang banyak tapi kena ikut kaedah yang betul. Menurut pakar diet Jill Corlene telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.

Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat. Selain itu diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.

Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.

Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;

Isnin

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
  • Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
  • Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
  • Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)
  • Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
  • Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
  • Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: Buah-buahan
  • Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad

  • Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
  • Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
  • Malam: Sayur stim

Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini. Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari. Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi. Tidak makan makanan segera dan kurangkan pengambilan garam dan gula.

Selamat mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*