Selain Susu Anda Boleh Cuba Buah Ini Untuk Jaga Kesihatan Tulang

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Selain Susu Anda Boleh Cuba Buah Ini Untuk Jaga Kesihatan Tulang

Selama ini mungkin susu sering dikaitkan sebagai sumber kalsium yang membantu mengelakkan atau mengatasi osteoporosis. Namun, tahukah anda dengan mengambil buah plum kering atau turut dikenali dengan nama prune juga, ia sangat membantu kesihatan tulang?

Ya, mungkin fakta ini kurang didengari namun di Barat, buah prune memang banyak diambil untuk perawatan osteoporosis dan penjagaan kesihatan tulang. Menarik, bukan?

Antara paparan terawal mengenai kehebatan buah prune sebagai penawar osteoporosis telah diterbitkan pada 2001 dalam Journal of the Am3rican College of Nutrition.

Berita baiknya, prune bukan sahaja sangat baik untuk tulang, ia juga mampu membekalkan serat yang menurunkan kolesterol, merendahkan risi ko dia betes dan membantu menurunkan berat badan. Wow!

Malah, prune sangat baik sebagai sumber tenaga, mengandungi pottasium dan antioksidan yang membantu mengelakkan sakit jan tung dan kan ser.

Jadi, bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana pula buah prune ini dikatakan baik untuk kesihatan tulang?

Kajian terbaharu dari Florida State University mengesyorkan prune dijadikan makanan untuk mengelakkan masalah tulang dan osteroporosis terutama di kalangan wanita yang telah menopaus.

Malah, ia dikatakan mampu menjadi alternatif kepada rawatan yang menggunakan ubat-ubatan buat wanita 50 tahun ke atas yang mende rita osteoporosis.

Ini kerana prune mengandungi sumber phenoic dan juga flavonoid yang bertindak mela wan masalah tulang secara berkesan dan semula jadi.

Mendengarkan berita ini pastinya membuatkan anda boleh menarik nafas lega kerana mendapatkan buah prune bukan masalah pun di sekitar kita kan? Ayuh, bolehlah amalkan buah tersebut mulai hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*