Ini Sebab Rugi Kalau Tak Makan Timun Banyak Khasiat Ada Padanya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ini Sebab Rugi Kalau Tak Makan Timun Banyak Khasiat Ada Padanya

Apa manfaat timun untuk kesihatan? dan adakah manfaatnya untuk kecantikan wajah? Timun atau mentimun merupakan salah satu jenis buah yang berasal dari jenis labu-labuan, tanaman buah timun hanya dapat hidup sekali. Tanaman ini akan mati setelah buahnya di petik, sehingga para petani mesti menanamnya kembali dari awal.

Buah timun ini memiliki aroma yang sangat menyegarkan, maka tak hairan jika buah ini banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat minuman sejuk atau makan sebagai ulam.

Bukan setakat ulam je, timun memang banyak khasiat. Korang pun tahu, timun juga digunakan untuk kulit wajah yang cantik. Bukan itu sahaja, masih banyak khasiat timun yang korang kena tahu. Jom baca dekat bawah ni:

1. Kurus

Nak cepat kurus, kena makan timun. Sebab? Timun kalori sangat rendah dan tinggi kandungan air. Selain itu, timun boleh menyelesaikan masalah sembelit. Timun juga bantu mengurangkan paras kolestrol.

2. Rambut

Ya, timun membuatkan rambut tumbuh dengan sihat kerana ia mengandungi silicon dan sulfur.

3. Gusi dan gigi

Minum jus timun untuk korang yang ada maslaah gigi dan gusi.

4. Mata

Mata tidak sigat, letih dan bengkak? Korang ambil timun dan potong, lepastu letak dekat mata. Timun ada anti-inflamasi dan boleh mengurangkan bengkak pada mata.

5. Sistem penghadaman

Kalau korang pedih ulu hati, gastrik dan ada masalah ulser keasidan, minum je jus timun , insyaallah membantu mengurangkan sakit korang. Sebab? Kandungan air yang tinggi dalam timun bantu mengurangkan tok sin dari sistem penghadaman.

6. Kulit

Sudah pasti ramai yang tahu, masker yang dihasilkan dari timun boleh mengatasi masalah ketegangan kulit. Kandungan air yang tinggi, ada vitamin A,B ,C dan mineral tertentu seperti magnesium, silica menjadikan timun bagus untuk kulit.

Kredit: Manfaat Timun Untuk Kesihatan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*