Doa Untuk Elak S1hir Tafriq Pemisah Suami Isteri 

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Doa Untuk Elak S1hir Tafriq Pemisah Suami Isteri

Assalamulaikum.. S1hir tafriq adalah sihir yg digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.

Hati orang kita tak tahu. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, niat jahat mereka setelah tengok suami-isteri ini dengan kehidupan yang bahgia dan diberi Allah rezeki yang melimpah.

Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:

“Sesungguhnya lbl1s meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata lblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, lblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat ja hat orang.

Ayat Doa yang pertama :

Maksudnya:

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: “Apa yang kamu datangkan itu, itulah si hir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)

Ayat Doa yang kedua :

Maksudnya:

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara “hari kiamat” itu. (Surah Najm: ayat: 58)

Ayat Doa yang ke tiga :

Maksudnya:

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

P/S : Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syai tan yang berkuasa menentukan si hir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang ja hat dipohon, nera ka tempatnya.

Kredit: Doa Elak Si hir Pemisah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*