Resepi Air Jamu Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Lebihan D4rah Kotor Berkumpul Dan Tersumbat
Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan.
Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling int1m itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.
Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.
Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Resipi minuman ini dipetik daripada Nurul Diana.
Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu h0rm0n seorang wanita.
Apa kata anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan kepvtihan jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.
Bahan bahannya ialah:
- 2sm halia
- 2sm kunyit
- 2 batang serai
- 2 helai daun pandan
- 3 cawan air
- Gula batu atau madu mengikut citarasa
Cara buatnya:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak d4ra)
Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
Air jamu ni baik untuk:
- Membersihkan rahim selepas haid
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Memecahkan lemak di perut
- Mengurangkan masalah bau badan
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit. Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
Sumber: rasa
Leave a Reply