Hati-hati Dengan 7 Anggota Sujud Yang Boleh Menyebabkan Solat Tidak Sah
Assalamualaikum, saya nak bertanya pendapat. Saya ada persoalan mengenai sujud di dalam solat. Perlukah hidung saya kena pada tempat sujud semasa saya sujud?
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Pengertian sujud pada syara’ ialah dahi orang yang bersolat bersentuhan secara langsung dengan dengan tempat sujudnya.
Sujud merupakan salah satu rukun di dalam solat. Tanpa bersujud, maka tidak dinamakan ianya sebagai solat. Begitu juga jika tidak dipenuhi syarat-syaratnya maka ianya tidak dinamakan sebagai sujud. Pensyariatan sujud telah sabit di dalam Al-Quran, hadith dan ianya juga adalah ijmak para ulama’.
Syarat Sujud
Antara syarat sah sujud adalah dengan menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah serta melakukan sujud dengan tujuh anggota badan, iaitu, dahi, dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki.
Sesiapa yang solat dengan bersujud mengenakan dahi tanpa hidung, sah solatnya. Namun adalah lebih baik dia melalukan perbuatan yang sunat yang memberikan pahala kepadanya iaitu dengan meletakkan hidungnya bersama dahi ketika sujud di samping mengamalkan sunnah Nabi SAW, kerana kebanyakan riwayat menyebut bahawa sujud Nabi SAW adalah dengan meletakkan dahi bersama hidung di dalam sujud baginda.
SYARAT SUJUD ADA 7
- Harus sujud dengan 7 anggota badan
- Harus dengan dahi yang terbuka
- Kepala harus ditekan
- Tidak boleh ada hawa (tujuan) lainnya (ketika sujud, aertinya harus benar-benar bertujuan untuk sujud kepada Allah).
- Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud
- Kepalanya harus lebih rendah daripada pvnggungnya
- Harus thuma’ninah didalam sujud
(فصل) شروط السجود سبعة: أن يسجد على سبعة أعضاء وأن تكون جبهته مكشوفة والتحامل برأسة وعدم الهوى لغيره وأن لايسجد على شيء يتحرك بحركته وارتفاع أسافلة على أعالية والطمأنينة فية.
ANGGOTA SUJUD ADA 7
- Dahi
- 2 dan 3. Kedua telapak tangan
- 4 dan 5. Kedua lutut
- 6 dan 7. Bathin Jari-jari kedua kaki
(خاتمة) أعضاء السجود سبعة: الجبهة وبطون الكفين والركبتان وبطون الأصابع والرجلين. (Safinah an-najah)
Dari Abdulloh bin Abbas RA, Nabi SAW bersabda :
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعَرَ
“Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang (anggota sujud); Kening -dan beliau menunjuk hidungnya- kedua telapak tangan, kedua lutut, dan jari jemari dari kedua kaki. Dan saya diperintahkan untuk tidak menahan rambut atau pakaian.” (HR.Bukhari Muslim)
Menempelkan ketujuh anggota tvbuh ke tempat sujud, yaitu: Kening (diikutkan dengannya hidung), kedua telapak tangan, kedua lutut, dan jari-jari kedua kaki. Karena itu barang siapa yang ketika sujud mengangkat kedua kakinya atau salah satunya sepanjang dia sujud, maka sujudnya tidak sah yang berarti shalatnya juga tidak sah, yang benar yaitu menempelkan b4tin/bagian bawah dari jari-jari kedua kaki (jawa=mancat).
Ini berdasarkan pendapat yang paling kuat di kalangan ulama. Demikian pula halnya kita katakan pada kedua lutut dan kedua tangan.
Adapun hidung, maka ada silang pendapat di kalangan ulama. Dan pendapat yang lebih tepat insya Allah adalah pendapat Imam Malik, Asy-Syafi’i, dan mayoritas ulama yang menyatakan bahwa merapatkan hidung ke tanah saat sujud adalah sunnah dan tidak sama kedudukannya dengan kening, walaupun untuk sempurnanya adalah dia merapatkannya sebagaimana yang kami sebutkan di atas
Leave a Reply