Memang Sakit Apabila Dikhianati Tapi Sebenarnya Allah Nak Angkat Darjat Wanita Solehah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Memang Sakit Apabila Dikhianati Tapi Sebenarnya Allah Nak Angkat Darjat Wanita Solehah

Tidak dapat dinafikan memang sakit apabila diri dikhianati apatahlagi apabila melibatkan orang yang tersayang. Dalam sebuah rumah tangga, apabila dicvrangi, sakitnya memang tidak dapat digambarkan bagaimana. Mungkin sakitnya lebih perit berkali ganda berbanding seperti isi disiat daripada kulit. Begitulah perumpamaan betapa ‘tercederanya’ jiwa pihak yang dicvrangi dan dikhianati.

Berikut perkongsian yang dikutip daripada catatan Ila Fadzilah di laman Fbknya.

BILA LELAKI CUR4NG

Dah lama saya dapat mesej ni, dari time raya. Tapi masih belum berbalas sebab bab-bab perangai manusia ni agak kompleks dan rumit. Kalau nak membalas dengan baik, lebih tepat kiranya saya betul-betul memahami situasi dan permasalahan empunya diri.

Tapi dek kerana penangan drama jangan b3nci cintaku dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.

Cumanya saya boleh katakan pada wanita, bila suami berlaku cvrang, angkatlah darjat anda sebagaimana Allah mengangkat darjat anda dengan ujian sedemikian. Tak perlu serang atau konfront (semuka) pihak ke 3, fokuskan pada isu antara anda dan hubvngan anda dengan suami.

Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango. Usah rendahkan diri pada mereka sebab martabat anda lebih tinggi dari kekasih gel4p suami. Selesaikan isu dengan suami. Usah buang masa memikirkan pihak ke 3 yang biasanya akan sentiasa rasa mereka lebih bagus dan ‘menang’ kerana mampu buat seorang lelaki berkahwin jatuh cinta kali kedua dengan g0daan dan pujukan.

TAK PERLU SER4NG PIHAK KETIGA

Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu s3rang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘j4hat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami d4yus mahupun bet1na r4kus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.

Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nvsyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga. Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke r1ba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah.

Jangan meny1ksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.

Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran.

Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati. Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecura ngan suami di m3dia s0s1al. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.

Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubu ngan terlarang (berkahwin atau suka-suka).

Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.

BUKAN MALAIKAT

Wahai isteri! Kita bukan Malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan mak siat. Kita juga bukan malaikat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami. Kumpulkan bukti kecura ngan suami. Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecura ngan akan berakhir dengan perce raian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang mence raikan.

Yakinlah walau perce raian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang dur jana.

Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan cu rang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.

Cu rang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.

Biar puas kita berbuat baik walau dibalas ra cun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika ny4wa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.

Wallahualam.

Sumber kredit: Ila Fadzilah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*