“Maafkan Saya Encik, Semua Duit Saya Dah Dalam Tank Motor” – Kisah Suami Diuji, Isteri Sentiasa Setia Memberi Semangat
Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah. Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka..
Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..
Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja. Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha.
Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini. Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi.. ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir..
Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh ting galkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tank motor
Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kita erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.
Pernah saya menangis kerana lemah semangat.
Isteri saya pe luk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pe kak bi su. Ribuan orang diuji dengan buu ta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluarga. Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang na zak ditepi jalan.
Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?
Paling berharga dia beri kita Islam, itulah segalanya.. Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup. Seluruh hidup dan maatiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hi na dan berdosa ini
Kredit: ust ebit lew
Leave a Reply