Hanya Disebabkan Surirumah Mak Mertua Pandang Rendah Pada Wanita Ini. “Dia Tak Tahu Simpanan Aku Melimpah Ruah”

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Hanya Disebabkan Surirumah Mak Mertua Pandang Rendah Pada Wanita Ini. “Dia Tak Tahu Simpanan Aku Melimpah Ruah”

Assalamualaikum. Terima kasih jika siarkan confession aku. Aku nak cerita sikit. Aku seorang suri rumah, dua tahun lebih berkahwin, ada seorang anak. Comel. Baik. Alhamdulillah. Suami yang bertanggungjawab. Alhamdulillah.

Tapi disebabkan aku suri rumah, mertua aku tak sukakan aku, selalu bandingkan aku dengan menantu2 dia yang kerja makan gaji.

Dia selalu rendahkan aku. Cakap aku duduk rumah goyang kaki.

Tapi dia tak tahu aku ada bisnes sendiri, orang tak nampak aku ada bisnes sebab bisnes aku 100% tak ada produk ditangan, tak perlu modal.

Tapi dengan bisens online ni Alhamdulillah. Aku mampu saving lebih 50k dalam masa dua tahun.

Tahun depan aku bercadang nak buat rumah kecik2 dekat tanah kat kampung dengan bajet 80k . Doakan aku ya.

Aku tak guna duit simpanan untuk beli emas, kereta mewah, atau bag berjenama, aku simpan untuk buat rumah aku sendiri (bukan rumah bersama sebab aku nak aset aku sendiri). Dan aku simpan sikit dekat tabung haji untuk kegunaan kecema san jika berlaku apa2.

Kalau nak ikutkan, aku teringin je menunjuk2 aku mampu beli mahal2 , tapi aku simpan dalam hati. Dan aku nak tunjukkan dekat mertua dan ipar2 suatu hari nanti aku mampu berjaya walau hanya suri rumah.

Sekarang mereka memang ingat aku tak ada simpanan, harap duit suami je. Aku cuma nak cerita sebagai pengajaran untuk kita.

Pertama, biar orang nak kata apa2 kat kita. Jangan lawan selagi dia tak menghina mencaci kita dan burukkan nama baik kita. Cuba bersabar selagi boleh.

Kedua, jangan ceritakan kejayaan anda atau berapa banyak harta yang anda ada, selagi ianya tak capai target, takut nanti tak berjaya , orang tertawa.

Baik buat sesuatu dengan senyap, dah nampak hasil barulah orang boleh nilai dengan sendiri.

Ketiga, suri rumah anda kena ada simpanan. Kalau tak mampu buat income, minta suami bagi nafkah bulanan, dan simpan sikit2, lama2 jadi bukit.

Walaupun saving rm30 sebulan, itu dah okay dah.

Keempat, kalau anda nak mulakan bisnes, tapi macam aku takut nak keluarkan modal, hehe. Nasihat aku, mula sebagai dropship. Kalau kena cara insyaAllah menjadi, stakat ni income dia aku dapat 2k sbulan.

Kelima, biar nampak miskin, nampak tak ada harta, nampak zero. Tapi sebenarnya dalam diam kita sedang bangkit menuju kejayaan.

Perkongsian surirumah ini mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Lihat apa kata mereka

Biskut Marie –Huhuhu…. Percayalah, apa pun yang confessor beli, walaupun sebatang lipstik dengan duit sendiri, family mertua akan anggap u guna duit anak diorang…

Zulaikha Amran – terbaik. Tapi apa2 pun tak kira lah surirumah atau wanita bekerja. Kalau goyang kaki nak habiskan duit atau guna harta laki sendiri rasanya memang tak ada masalah. Bukan habiskan duit suami jiran. Jadi mertua atau ipar ke tak payah menyibukkk.

Rita Nordin –Tahniah Puan Confessor. Hebat cerita ni. Teringat saya pada cerita ratu malaya, mak kepada jutawan Dato Alif Syukri, masa zaman dia miskin katanya, dia menyimpan secara rahsia dalam tin yang di tanam dalam tanah, simpanan dia RM 70 k masa tu, hasil simpan untung business.

Saya doakan semoga tercapai cita2 puan confessor dan terbeliak mata mak mertua tengok menantu yang ‘tak diraikan’ beli /buat rumah secara cash. Ko hadooo

Nur Adilah Dila –Pada saya, suri rumah adalah yang memang hanya menguruskan rumah tangga sahaja. Kalau confessor mengaku suri rumah, tapi dalam masa yang sama buat bisnes online dirumah, itu pd saya bukan suri rumah, itu bekerja dari rumah. Sama saja dengan wanita bekerjaya yang lain.

Cuma confessor bekerja dari rumah, wanita lain bekerja di pejabat, sekolah, kilang dan sebagainya.

Kenapa nak mengaku diri suri rumah, tapi dalam masa yang sama berniaga online. Bkn suri rumah tuh lah namanya.

Kalau macam tuh, cikgu, kerani, operator dll, juga dikira suri rumah kerana mereka menjana pendapatan, dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga jugak.

Aisyah Nur –Bagus la puan. Maknanya untung bersih 2k tu puan terus simpan tak guna buat apa2 seban dalam tempoh 2 tahun dh bole saving hingga 50k.

Kalau kita org ni, mana nak bayar duit minyak, duit tol. Niat keja nak bantu suami kurangkan beban. Tapi sekarang ni bekerja nak survive dengan anak2. Duit gaji tak pikir sgt pasal nak saving banyak2. Cuma buat bayar takaful je yang mampu.

In case jadi apa2, medical dah cover, kalau ada hutang piutang, takaful hibah dah cover termasuk pampasan untuk anak2. Simpan pun sekadar untuk kecemasan. Tu je yang mampu..

Norizan Mamat –Salam, Bagus suri rumah yang begini. Ada perancangan. Kekadang cemburu juga dengan kakak ipar. Dia suri rumah sepenuh masa. Tapi, dia dapat duit yang abang beri secara tetap yang dia boleh simpan.

Dia ada rantai gelang yang besar besar… Makcik yang kerja ni pun tak boleh beli barang gitu. Selalu abiskan untuk keluarga.

Abang makcik tu, makcik rasa macam role model seorang suami. Tetapi, sejak dia kawin dua, makcik tak cembvru dah dengan kakak ipar. Itu dugaan dia, makcik tak sanggup.

Dulu pun terasa juga dengan mertua. Dia selalu puji anak menantu yang katanya sangat rajin kerja.

Bangun pagi pagi goreng masak itu ini untuk meniaga. Makcik ? Tak pernah dipuji rajin kerja masa tu. Kerja makcik pun nampak macam relek jer…

Makcik juga tak pandai itu ini macam menantu lain. Dari kecik dok asrama, ada kakak pulak tu, memang tak masak la itu ini. Tabah tabah jer. Makcik berubah sedikit demi sedikit. Now, makcik dah pandai masak, Dan sebagainya…

Kemudian ada la beberapa kes, baru mereka tahu apa yang hebatnya makcik (makcik ni macam lelaki sikit, suka komen tentang buat rumah, detailkan dan sebagainya.

Lebih masuk dengan pak mertua). Hahaha…

Dah lama kawin. Semua dah ok. Dah boleh gurau, ngusik pak dan mak mertua. Gitu lah hidup kita… Dugaan kita, hadap dengan tabah. Gambar sekadar hiasan

Sumber: Orang biasa (Bukan nama sebenar) via IIUMC, edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*