Doa Agar Dapat Membayar Hutang Dengan Izin Allah InsyaAllah

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Doa Agar Dapat Membayar Hutang Dengan Izin Allah InsyaAllah

Di masa kini, ramai diantara kita dihimpit oleh pelbagai masalah yang meresahkan kehidupan. Diantaranya adalah masalah hu tang.

Kita sebagai orang orang Islam adalah diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain. Sekiranya kita mening gal dunia sebelum sempat melunaskan hutang, dikhabarkan r0h kita akan tergantung diantara langit dan bumi sehingga hari kiamat.

Oleh itu marilah kita bersama – sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala a zab dan dapat melunaskan hu tang kita dan membebaskan diri dari kemiskinan.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.

Kisah di sebalik doa ini :

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas.

Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu bermal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung

Sumber: AkuIslam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*