Teknik Mudah Jimatkan Minyak Masak Di Dapur

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Teknik Mudah Jimatkan Minyak Masak Di Dapur

Sebelumnya rakyat malaysia tidak pernah bising dengan Harga minyak masak kerana kerajaan memberikan subsidi untuk minyak masak sehingga 2 billion setahun.

Disebabkan harga yang bersubsidi minyak masak ini lesap dalam pasaran tempatan , harga minyak masak naik dari harga biasa. Apa yang penting bagi pemakai seperti kita ialah bagaimana kita boleh menjimatkan pemakaian minyak masak ?

CARA-CARA MENGORENG (DEEP FRYING) DENGAN BETUL.

Semasa goreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa goreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuain akan cepat membentukan perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak.

Isi ayam atau ikan digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh jimatkan.

Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.

Sekiranya anda goreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan kedalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.

Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah goreng (tapi payah stail kita). Goreng Ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi bu ta kerana goreng ikan keli ini.

Sekiranya ingin goreng Fries kentang (French Fries), goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.

Elakan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.

Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak.

Keperluan sukatan minyak untuk gorengan ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6 isipadu minyak. 1:6.

Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki.

TANDA-TANDA MINYAK TERPAKAI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.

  • Minyak bertukar warna menjadi kehitaman.
  • Kepekatan minyak bertambah dari biasa.
  • Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk lapisan di permukaan minyak.
  • Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar.
  • Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang lepas.

CARA MEMANJANGKAN HAYAT MINYAK MASAK:

Hayat minyak masak terpakai akan menjadi pendek bila anda suka memansakan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula goreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan api dapur dan sejukan minyak.

Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.

Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak gorenag terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.

Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.

Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.

Sumber : petuaibu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*