Hvkum Tidur Selepas Asar Yang Sebenar – Ustaz Azhar Idrus
Sering keliru dengan hvkum tidur setelah solat Asar? Kita sering mendengar adanya hadis yang melarang tidur setelah Asar, sebagaimana berikut:
“Aku hairan dengan orang yang terbaring dan tidur sesudah ‘Asar.”
“Barangsiapa yang tidur setelah asar kemudian akalnya hilang, maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”
Kedua hadis di atas bukanlah hadis shahih.
Hukum Tidur Setelah Waktu Solat Asar
Terdapat dua pendapat yang masyhur di kalangan ulama tentang tidur sesudah Asar. Pertama, hukumnya makruh, yakni lebih baik jika tidak dilakukan, sebagaimana yang disebutkan oleh banyak fuqaha’ dalam kitab-kitab fikih mereka.
Sebahagian yang lain berdalil dengan hadis dhaif di atas. Ada juga yang berdalil dengan sebahagian ucapan para salaf dan kajian kesihatan.
Khawat bin Jubair –dari kalangan sahabat- berkata tentang tidur di petang hari, ia tindakan bo doh. Sedangkan Makhul dari kalangan Tabi’in memben ci tidur sesudah Asar dan risau orangnya akan terkena gangguan was-was. (Lihat: Mushannaf Ibnu Abi Syaibah: 5/339)
Ibnu Muflih dalam al-Adab al-Syar’iyyah (3/159) dan Ibnu Abi Ya’la dalam Thabaqat al-Hanbilah (1/22) menukil keterangan, Imam Ahmad bin Hambal memakruhkan bagi seseorang tidur sesudah ‘Ashar, beliau khawatir akan (kesehatan) akalnya.
Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaad al-Ma’ad (4/219) tidur siang hari adalah buruk yang boleh menyebabkan berbagai penya kit dan ben cana, menyebabkan malas, melemahkan syah wat kecuali pada siang hari di musim panas. Dan yang paling buruk, tidur di pagi hari dan di hujung hari sesudah Ahar.
Pendapat kedua: Membolehkan tidur sesudah Asar. Kerana hukum asal dari tidur adalah mubah, dan tidak ada hadis shahih yang melarangnya.
Padahal hukum syar’i itu diambil dari hadis-hadts shahih, bukan dari hadis-hadis lemah apalagi hadis palsu yang didustakan atas nama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan tidak pula ditetapkan dari pendapat-pendapat manusia.
Dalam fatawa al-Lajnah al-daimah (26/148) disebutkan satu pertanyaan: “Aku pernah mendengar dari orang-orang yang mengharamkan tidur sesudah Asar, apakah pendapat itu benar?”
Lalu dijawab: “Tidur sesudah Asar termasuk bahagian dari kebiasaan yang dilakukan sebahagian orang, dan itu tidak apa-apa. Sementara hadis-hadis yang melarang tidur sesudah Asar tidak shahih.”
Memakai pendapat yang mana? Silakan menentukan sendiri, akan tetapi sebagai tambahan, ada beberapa hal yang kurang baik ketika tidur di waktu Asar:
1. Jam Badan Kita Terganggu
Dapat menimbulkan kekeliruan waktu, maksudnya saat bangun tidur kita tidak boleh membezakan hari sudah malam atau pagi.
Sebab saat tidur petang hari kita mengalami perubahan suasana dari petang hari (masih terang) menjadi petang (gelap), akibatnya saat bangun kita dipaksa untuk berfikir, ini pagi atau malam?
Sedang sebenarnya saat kita tidur otak ini berfikir di bawah separa sedar, ketika terbangun kita dipaksa untuk berfikir sedar secara mendadak.
Secara semulajadi, pemikiran separa sedar akan mengatakan bahwa kita bangun pada pagi hari akan tetapi secara fikiran sedar (saat bangun) kita menganggap bahwa bangun saat malam hari.
2. Dikhawatirkan Terlepas Waktu Solat Maghrib
Tidur setelah waktu solat Asar dikhawatirkan akan terlepas solat Maghrib dan Isyak. Untuk menghindari hal itu, jika tetap mahu tidur selepas sholat asar, usahakan bangun sebelum matahari mulai terbenam. Sehingga kita tidak mengalami perubahan suasana dari terang menjadi gelap
3. Tidur Petang Dapat Meningkatkan Perubahan Negatif Pada Hor mon
Kerana proses saat bangun di petang hari membebankan keadaan stress pada bahagian tu buh. Terdapat pula penelitian yang menyebutkan bahawa tidur petang juga dapat membuat seseorang lebih sering mengalami mimpi buruk.
Berdasarkan peneliti dari Huazhong University of Science and Technology di China juga menemukan bahwa tidur disiang hari tidak boleh lebih dari 30 minit.
24% dari orang yang sering tidur siang hari memiliki kadar koles terol dalam tubuh yang lebih tinggi dibandingkan dengan 19% dari mereka yang tidak pernah tidur di waktu tersebut.
Hasil penelitian yang ditemukan pun menyebutkan bahwa tidur petang hari dapat menurunkan tingkat ingatan seseorang. Para ilmuwan mengatakan tidur petang yang kurang dari 30 minit atau tidak tidur petang sama sekali dapat mengurangi kemungkinan orang terkena diabetes.
Dari penelitian disimpulkan bagi yang biasa tidur petang akan beri siko tinggi terkena penya kit dia betes, apalagi mereka yang kurang bersukan. Selain itu, seseorang yang tidur siang terlalu lama, maka pada malam harinya cenderung akan mengalami kesuli tan tidur.
Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum tidur selepas waktu asar:-
VIDEO:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : petuaibu
Leave a Reply