Hvkum Membuat Binaan Dan Menulis Nama Pada Pusara – Ustaz Azhar Idrus

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Hvkum Membuat Binaan Dan Menulis Nama Pada Pusara – Ustaz Azhar Idrus

Sering kita lihat kubvr yang dihias cantik sehinggakan kita sendiri terpesona dengan ukiran dan hiasan yang terdapat pada kubvr tersebut. Namun, tahukah kita bahawa perkara tersebut dilarang sama sekali di dalam Islam sehinggakan ulama menghu kumnya sebagai haram dan ada yang menghu kumnya sebagai makruh mengikut keadaan-keadaan tertentu.

Apakah hukum membuat pagar pada kvbur?

Buat pagar kvbur adalah menjadi satu bida’ah. Hukum nya jatuh kepada haram jika membuat pagar pada tanah kubvr yang telah diwakafkan melainkan tanah kvbur tersebut ialah tanah milik sim4ti ataupun keluarganya.

Kebanyakan tanah kubvr ialah tanah wakaf. Maka apabila kita memagari kvbur maka ia dipanggil memagar tanah wakaf. Kerana ia akan mengambil ruang lebih. Sebagai contoh, penggali kubvr perlu menggali kvbur sebelah lebih jauh dari sepatutnya kerana bimbang pagar kubvr tersebut akan retak.

Berkata Al-Allama Imam Al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kvbur, kerana Umar r.a setelah melihat payung di atas kvbur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata : “Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besarn as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam As-Syafie telah berfatwa : Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kvbur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya. Larangan dari Rasulullah SAW :  Dari Jabir r.a, dia berkata: “Rasulullah SAW telah melarang kvburan dikapur (disimen), dijadikan  tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

Sesetengah ulama seperti Imam Asy-Syaukani membenarkan menulis tulisan pada nisan tetapi sekadar untuk mengenal identiti kvbur sahaja seperti nama dan bukannya ayat-ayat Al-Quran seperti yang ada pada batu nisan sekarang kerana ia termasuk larangan dalam hadith di atas.

Manakala hukum membina kvbur dengan menggunakan marmar dan seumpamanya adalah haram dan amat bercanggah dengan ajaran Rasulullah SAW, kerana di situ berlaku pembaziran harta apatah lagi harta anak-anak yatim yang ditinggalkan oleh si m4ti. Selain itu, wujud sikap bongkak dan riak dengan harta kekayaan yang ada dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Allah. Firman Allah : “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka  kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76).

VIDEO: Ust Azhar Idrus

Komen netizen:

Terbaik. Semoga rahmat Allah tercurah kepada Ustaz Azhar Idrus

Sumber: Ustaz Azhar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : islamikinfo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*