Adakah Cukup Hanya Bayar Fidyah Tanpa Ganti Puasa, Ramai Salah.

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Adakah Cukup Hanya Bayar Fidyah Tanpa Ganti Puasa, Ramai Salah.

Ramadan bagi tahun ini kian menjelma. Syukur kehadrat Ilahi sekiranya kita dipilih lagi sebagai tetamunya untuk bertembung dengan yang bulan yang mulia ini, bulan Ramadan.

Salah satu persoalan yang paling popular dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, “Sudahkan anda mengganti puasa?”, terutamanya dalam kalangan kaum Hawa.

Biasalah, diantara dua jantina ini, memang kaum wanita yang pasti ada hari-hari tertentu yang mana mereka tidak boleh berpuasa. Tetapi ada juga dalam kalangan kaum lelaki yang tidak diwajibkan berpuasa, misalnya ketika sa kit ataupun yang bekerja sebagai buruh kasar.

Sementara masih boleh qadha puasa ini, disarankan untuk menggantikan puasa secepat yang mungkin. Nanti tidak pasal-pasal, kena bayar Fidyah pula.

Apakah tu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB.

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Bagaimana hendak membayar Fidyah? Di mana harus membayar Fidyah? Jikalau sudah bertahun tidak mengganti puasa bagaimana pula? Macam-macam persoalanan akan timbul tentang perkara ini.

Seorang pengguna Twit ter telah membuat satu perkongsian berbentuk thread menjelaskan tentang Fidyah secara ringkas dan padat

Perkongsian oleh pengguna acaiijawe atau nama sebenarnya, Faisal Rahim yang menjelaskan tentang hukum, kaedah, caara pengiraan serta pendapat ulama’ berkenaan dengan fidyah itu walaupun ringkas namun sangat mudah untuk difahami oleh orang ramai.

Berikut adalah thread penuh perkongsian saudara Faisal:-

Hanya negeri Selangor dan Perlis kiraan Fidyah tidak berganda

Sekiranya seseorang itu mening galkan puasa sebanyak 7 hari dan tidak menggantikannya sehingga 3 kali Ramadan, maka jumlah Fidyah yang perlu dibayar perlu didarab dengan 3.

Sebagai contoh, taksiran Fidyah bagi 3 tahun dengan purata 7 hari setahun dan harga secupak (675g) makanan asasi (beras) bersamaan RM1.75. (atau mengikut harga beras yang kita sering makan).

Jika anda mening galkan puasa sebanyak 7 hari dan tidak menggantikannya sehingga melepasi 3 kali Ramadhan, maka jumlah Fidyah yang perlu dibayar ialah 21 cupak beras atau bersamaan dengan RM36.75.

Walaupun sudah membayar Fidyah, namun hutang berpuasa itu masih wajib dilakukan dengan meng-qadha puasa tersebut pada hari-hari yang dibenarkan yang mana anda mampu menggantikannya.

Caara mengira harga Fidyah? 1/4 daripada harga Zakat Fitrah sesebuah negeri. Sebagai contoh, di Selangor, nilai Zakat Fitrah adalah RM7. Maka kadar Fidyah sehari tinggal puasa adalah RM1.75, sekiranya tidak menggunakan khidmat institusi.

Caara kiraan Fidyah menggunakan kalkulator oleh didapati di la man web rasmi Zakat Selangor

1. Sehari tinggal puasa, fidyahnya adalah memberi makan sehingga kenyang kepada 1 orang fakir/miskin. Kalau nak bagi kepada institusi zakat perlu menggunakan wang. Mereka juga akan tukarkan kepada beras dan agihkan kepada asnaf fakir miskin. Boleh bagi sendiri kalau mampu.

2. Di Selangor Zakat Selangor amik upah RM0.05 bagi setiap bayaran fidyah. Jadi kalau bayar ke institusi, diaorang amik RM1.80 sehari. Itu upah menguruskan pembelian beras dan pengagihannya. Sebab urusan fidyah bukan tanggungjawab institusi zakat.

3. Bila dah bayar fidyah puasa, puasa yang ditinggalkan tetap wajib kena ganti. Ia adalah hutang dengan Allah.

4. Kalau ibu bapa tak larat nak puasa sebab tua atau mengalami sa kit yang memang tak boleh berpuasa, boleh siap-siap bayar fidyah untuk 30 hari pada awal Ramadan.

5. Jumhur ulama’ berpendapat orang yang menyusu anak dan mengan dung yang ting galkan puasa Ramadan, perlu bayar fidyah dan menggantikan puasa. Inilah pendapat yang digunapakai di Malaysia. Perbahasan ni panjang, ramai asatizah dah bincang tentang ini yang boleh dirujuk.

Korang boleh kira jumlah Fidyah puasa, menggunakan kalkulator ini… Boleh kirakan juga untuk yang lain terutama perempuan yang banyak tinggal puasa akibat u zur syarie. Suruh suami bayar di kaunter zakat masa bayar zakat Fitrah bulan Ramadan nanti.

Contoh kiraan Fidyah : Bilangan Tinggal Puasa (dari zaman remaja sampai sekarang) : 30 hari. Kiraan : RM1.80 x 30 hari = RM54 Boleh tukarkan beras yang sepadan dengan RM54. Beras 5kg : RM13. Belilah 4 kampit, lebih sikit takpe. Pergi rumah orang susah, bagi beras tu.

Atau bagi yang malas nak ke kaunter zakat dan beri terus Fidyah kepada fakir miskin, boleh bayar Fidyah secara Online di sini… Dah bayar buat nota (bayaran 2018 telah dibuat). Tahun depan kena bayar lagi, kalau masih belum ganti puasa tu.

Bagaimana dengan bayaran fidyah & Qada puasa mereka :

1. Perempuan ha mil 2. Perempuan susukan anak 3. Orang tua yang u zur 4. Sa kit hingga tak dapat puasa. Jadual ini bantu jawab persoalan ini dengan ringkas.

Sudah tentu ada khilaf (perbezaan) pandangan yang berbeza terutama pandangan Ibn Umar tentang Qada’ puasa bagi wanita yang mengan dung dan menyusukan anak. Tak perlu berbalah. Jadual tersebut merupakan pandangan yang diambil oleh Fatwa Selangor. Wallahua’lam.

Berikut adalah penerangan daripada Ustaz Ali Hidayat

Sumber: acaiijawe

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*