Cara Mudah Buat Cili Jeruk Kekal Rangup

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cara Mudah Buat Cili Jeruk Kekal Rangup

Tidak sempurna rasanya kalau makan mi goreng, mi kari atau chai kue tiaw tanpa kombinasi cili jeruk sebagai penyedap rasa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau makan di luar memang selalu ada sahaja cili jeruk ini terhidang di atas meja. Namun kalau makan di rumah, jarang sekali disediakan dek kerana dianggap tidak begitu penting pula.

Jadi apa kata, untuk pastikan hidangan mi yang dimasak bertambah enak rasanya sebaiknya gandingkan bersama cili jeruk yang disediakan sendiri. Biar pun nampak macam remeh, tapi kesannya memang mampu memancing selera.

Bukannya susah pun untuk membuatnya sebagaimana yang dikongsi oleh Nurul Nadia Dan Azhar ini. Selamat mencuba.

“Saya nak share cara saya buat cili jeruk. Biasa kalau ada tempahan mi goreng atau mi kari, saya akan sertakan cili jeruk ni sekali. Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau.”

 Bahan-bahan: 

  • Cili hijau (ambil yang segar/keras)
  • 2 sudu gula
  • 2 camca teh garam
  • Cuka

 Cara buat : 

1. Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama boleh lap dengan  tisu, yang penting kering.

2. Bila dah kering,potong dengan pisau yg betul-betul tajam. Kemudian tampi bagi biji-biji cili keluar.

3. Masukkan dalam botol kaca. Masukkan gula dan garam.

4. Masukkan cuka sehingga 2/3 botol sahaja.

5. Dah siap,tutupkan botol kaca tersebut dan tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.

6. Siap dan keesokan hari sudah boleh dimakan.

Ekstra tip:

PASTIKAN botol dan cili betul-betul kering. Jika tidak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).

Sumber : Nurul Nadia Dan Azhar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*