Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning
Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning. Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca terbesarnya adalah kerana rasa kapur yang terdapat dalam bahan membuat mi ini.
Rasa kapur ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua. Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapur masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Di hujung minggu nanti, mungkin ada yang ingin menyediakan Mi Kari, Mi Bandung atau Mi Sup. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.
Cara Cara:
- Selepas mi dikeluarkan dari plastiknya, basuh mee kuning kemudian letakkan gula pasir diatasnya.
- Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit.
- Kemudian bilaslah dengan bersih air.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
VIDEO 1:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : islamikinfo
Leave a Reply