S3ksanya Bila Dis1hir Tanpa Henti, Boleh Amalkan Yasin 7 Mubin Memulangkan S1hir Sebagai Pengajaran Buat Kaki S1hir
Jika anda mengalami shir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyhir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.
Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan shir.
4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan shir kepada penyhir”.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan shir kepada penyhir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah
InsyaAllah berhasil.
Leave a Reply