Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang S1hir
Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan pula pada ciri-ciri barang yang akan digunakan oleh tukang shir. Sebelum saya membahaskan tentang perkara ini, apa yang perlu kita semua faham ialah shir adalah satu bentuk keza liman yang dilakukan ke atas mang sa dengan cara yang tersembunyi.
Ada dua sebab saya katakan ianya tersembunyi.
Pertama, saya katakan tersembunyi kerana ianya dilakukan secara tersembunyi oleh tukang shir tanpa pengetahuan mngsa. Kemudian, akibat daripada shir itu pula berlaku secara tiba-tiba dan tidak diketahui apakah sebab musababnya dan tidak diketahui apakah puncanya.
Kedua, saya mengatakan ianya tersembunyi kerana shir yang akan dihantar itu pula menggunakan perantaraan makhluk ghaib, iaitu jin yang juga tersembunyi. Maksud tersembunyi di sini ialah ianya tersembunyi (tidak dapat dilihat) dari pandangan mata kasar manusia. Jadi, bila kita dah faham perkara asas ini, mudahlah untuk kita memahami perkara seterusnya.
Realiti S1hir.
Saya sering diajukan dengan pelbagai pertanyaan. Antara pertanyaan yang agak banyak juga saya terima ialah apakah tanda jika mereka menjumpai sesuatu di rumah mereka. Sebagai contoh, ada yang menceritakan kepada saya mereka menjumpai bangkai tikus depan rumah, jumpa serpihan kaca depan pintu rumah, dan sebagainya. Persoalannya, adakah itu petanda ada orang yang nak menghantar sih1r kepada ahli rumah tersebut. Jawapan saya, boleh jadi ya dan boleh jadi tidak.
Tetapi, seperti yang saya katakan di atas bahawa s1hir ini ialah sesuatu yang tersembunyi. Jadi, sekiranya memang benar ada orang yang berniat nak meny1hir anda, adalah lebih bijak mereka ini meletakkan barang-barang shir di tempat yang tersembunyi dan tak mudah dijumpai. Kerana barang-barang tersebut adalah diantara syarat berhasilnya shir yang akan dihantar kepada mngsa.
Mengapa & Apa Yang Patut Dilakukan?
Mungkin anda bertanya kepada saya, apa tujuan barang-barang seperti bangkai tikus, serpihan kaca diletakkan di rumah anda? Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara tersebut berulang?
Untuk soalan pertama, pada pandangan saya mungkin orang yang lakukan begitu kepada anda mempunyai rasa marah atau dendam. Jadi mereka lakukan begitu dengan tujuan untuk menakutkan anda dan membuatkan anda menyangka ada yang ingin meny1hir anda. Tetapi, saya tidak nafikan juga boleh jadi apa yang dilakukan tersebut adalah sebagai ‘signal’ atau petanda bahawa rumah dan keluarga anda telah dis1hir.
Tetapi barang-barang yang digunakan untuk s1hirkan anda telah ditanam atau disembunyikan supaya anda tidak dapat mencarinya. Dan selagi tidak dapat dicari barang s1hir tersebut, shir yang dihantar kepada anda mungkin tidak dapat disembuhkan (hakikatnya Allah yang menyembuhkan shir) ataupun shir tersebut akan sentiasa berulang-ulang walaupun telah banyak kali anda melakukan rawatan.
Apa yang perlu anda lakukan jika situasi di atas berlaku kepada anda?
Saya cadangkan anda lakukan langkah-langkah di bawah:
1. Sediakan air paip lebih kurang sebaldi bersama dengan lada hitam yang telah dikisar dan juga garam kasar.
2. Kesemua bahan di atas hendaklah diruqyah terlebih dahulu. Samada anda boleh ruyahnya sendiri atau minta bantuan dari orang lain, sebagai contoh perawat.
3. Setelah diruqyah bahan-bahan di atas, campur lada hitam dan garam kasar tadi ke dalam sebaldi air.
4. Ambil air yang secukupnya dan siramkan ke atas bahan-bahan yang anda jumpa tadi sambil membaca “Bismillah Hillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun…(hingga akhir ayat)”, Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan juga 3 Qul. Setelah disiram dengan air, buang bahan-bahan tersebut ke dalam sungai.
5. Baki air di dalam baldi tadi, anda tuangkan sedikit demi sedikit disekeliling rumah anda sambil membaca Ayat Kursi tanpa putus.
6. Untuk di dalam rumah pula, saya mencadangkan agar anda membaca bacaan ayat ruqyah sekerap yang mampu. Sekiranya anda tidak mampu membaca dengan kerap, anda boleh gunakan mp3 ataupun cd-cd bacaan ayat-ayat ruqyah sebagai alternatif.
7. Dan akhir sekali saya sarankan anda cuba cari barang-barang shir yang ditanam dengam menggunakan cara yang saya kongsikan dalam artikel “Tip Mencari Barang Shir” di atas.
Semoga perkongsian artikel ini memberikan manfaat kepada anda.
Leave a Reply