5 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

5 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

Ramai di antara kita yang mengalami sa kit kepala. Ada yang sa kit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat. Penyebab sa kit kepala juga pelbagai – daripada tidur lewat hingga kepada tidak cukup rehat ataupun tekanan.

Meskipun sebilangan orang tidak menganggapnya sesuatu yang serius. Namun ia sesuatu yang tidak harus dipandang remeh, menurut laman merdeka.

Ramai yang memilih untuk memakan ubat untuk mengatasi sa kit kepala.

Meskipun ia akan dapat menghilangkan sa kit kepala, dengan cepat, makan ubat secara terus menerus boleh menjejas kesihatan kerana bahan-bahan ki mia yang memasuki tu buh. Malah, jika dimakan secara berlebihan, ia akan merosakkan gin jal.

Maka dengan itu, terdapat beberapa cara alternatif dan semula jadi yang bukan sahaja lebih baik tetapi lebih murah.

1. Banyakkan minum air putih

Kadang kala pening kepala menandakan bahawa badan anda tidak mempunyai aliran da rah dan oksigen ke otak. Oleh kerana itu, anda mengalami pening kepala. Dengan meminum air secukupnya, badan anda tidak mengalami dehidrasi atau kurang air.

2. Gunakan pek ais

Salah satu cara adalah dengan meletakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau ‘numb’. Dengan suhu yang rendah dan sejuk, ia dapat menenangkan otot-otot di kepala. Caranya dengan pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit..

3. Makan kentang

Memang pelik tapi benar. Kentang mempunyai zat kalium yang tinggi. Jika anda berasa pening kepala, badan anda menandakan bahawa anda tidak mempunyai zat kalium yang mencukupi. Namun begitu, ia amat efektif jika memakan kentang direbus sahaja.

4. Makan pisang

Selain kentang, pisang turut mengandungi zat dan khasiat yang tinggi. Pisang kaya dengan potasium dan magnesium. Memakan pisang boleh meredakan pening kepala buat jangka masa panjang. Lebih baik lagi jika ia dilakukan sebagai rutin, makan tiga buah pisang sehari.

5. Hidu minyak ataupun nyalakan lilin aromaterapi

Antara cara untuk menenangkan sa raf yang tegang sehingga mengakibatkan sa kit kepala adalah untuk menghidu minyak ataupun menyalakan lilin aromaterapi. Selain itu, ia juga dapat menenangkan fikiran dan menghilangkan pening kepala.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : berita.mdiacorp

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*