Dua Ganjaran Untuk Pembaca Al-Quran Sekalipun Diuji Dengan Kesusahan Ketika Membacanya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Dua Ganjaran Untuk Pembaca Al-Quran Sekalipun Diuji Dengan Kesusahan Ketika Membacanya

Daripada Saidatina A’isyah Radhiyallahu ‘Anha menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda :

“Seseorang yang mahir membaca al-Quran, dia berada bersama para malaikat yang mulia dan seseorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tidak lancar serta tersekat-sekat ketika membacanya dan menjadi susah kepada dirinya, baginya dua ganjaran.”

Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim rahimahumallah.

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan dua ganjaran tersebut ialah :

  • ganjaran membaca al-Quran dan;
  • ganjaran kesusahan ketika membacanya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1. Bersungguh-sungguhlah membaca al-Quran khususnya di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sama ada dapat membacanya dengan lancar ataupun tersekat-sekat ketika membacanya.

2. Sentiasalah ingatkan isteri/suami dan anak-anak agar istiqamah membacanya pada setiap hari di dalam bulan Ramadhan dan di luar bulan Ramadhan.

3. Bersabarlah dan teruskan belajar dan membaca al-Quran jika masih belum lancar membacanya serta berusahalah untuk memahami dan mentadabbur (menghayati) isi kandung al-Quran yang mulia.

“Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk membaca al-Quran dan bantulah hamba-hamba-Mu yang susah ketika membacanya serta kurniakanlah kepada kami kefahaman dan penghayatan kepada Kalam-Mu yang mulia.”

Ayuh kita banyakkan membaca al-Quran khususnya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

الفقير إلى عفو الله ومغفرته،

أبو عمار مدني،

غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Kuala Lumpur, Rabu, 3 Ramadhan 1440H – 8 Mei 2019

Sumber: Salehuddin Bin Abu Samah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*