Di Kala Ada Orang Lain Tercabut Tudungnya Kerana Tawaran Gaji Yang Tinggi, Wanita Ini Tinggalkan Gaji Lumayan Kerana Tudung

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Di Kala Ada Orang Lain Tercabut Tudungnya Kerana Tawaran Gaji Yang Tinggi, Wanita Ini Tinggalkan Gaji Lumayan Kerana Tudung

Semoga perkongsian HEBAT daripada selebriti FB ini mampu menyuntik TONIK IMAN kepada kita. Kisah wanita yang meninggalkan GAJI yang jauh lebih LUMAYAN daripada pekerjaannya sekarang – Pengawal Keselamatan, semata-mata kerana mahu BERTUDUNG!

Masya Allah. Azizul Azli Ahmad wrote.

“Boleh akak tumpang duduk? Boleh silakan,” pelawa saya tadi.

Akak ini buka bekal yang dia bawa dihadapan saya. Ada kari ayam pembuka selera.

“Dah lama kerja disini kak?” soal saya berbasa basi.

Uniform Pengawal Keselamatan kelihatan jelas disebalik jaket baju birunya.

“Hari ini hari kedua, sebelum ini dengan hotel dah lebih 17 tahun,” ceritanya lancar.

“Oh, kenapa berhenti?” tanya saya tanpa berselindung lagi.

“Dulu akak free hair. Elok je bekerja di hotel tersebut. Suatu hari, Tuhan kirim hidayah ke dalama hati akak untuk bertudung.

Maka akak mula pakai tudung. Malangnya pihak hotel tak benarkan. Jadi akak ambil keputusan untuk berhenti. Nak buat macam mana, sampai situ je rezeki akak di sana,” katanya sambil tersenyum.

Sejujurnya, saya terkesima mendengar cerita akak ini.

Saya jadi kaku, hari ini didepan saya seorang wanita yang hanya menyarung sepasang uniform ‘jaga’ meninggalkan kerja lama yang gaji jauh lebih besar demi cintanya pada agama. Subhanallah.

“Gaji sekarang 5 kali lebih rendah dari sebelum ini,” sayu kedengaran dia berkata.

Kawan kawan.

Ada di kalangan kita yang cinta pada agamanya luar biasa. Sangat luar biasa sebenarnya.

Yang paling saya sedih, ada beberapa gerakan yang sedang berusaha untuk mempengaruhi wanita Islam kita untuk menanggalkan hijab wanita.

Ada yang tinggalkan gaji 5 kali ganda demi menjaga agamanya.

Jangan takut jika kau melakukan kesalahan, kerana kesalahan adalah awal dari kebenaran.

Lebih baik kehilangan sesuatu hal demi Tuhan. Dibandingkan harus kehilangan Tuhan demi sesuatu.

sumber: Azizul Azli Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*