Doalah Moga Dimakbulkan, Minta 3 Perkara Ini Masa Sujud Terakhir Dalam Solat

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Doalah Moga Dimakbulkan, Minta 3 Perkara Ini Masa Sujud Terakhir Dalam Solat

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal ma ut

Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.

Apakah kelebihan sujud kepada Allah ini?

1. Salah satu cara untuk mendapatkan syafaat rasulullah S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W.

“Mintalah pertolongan padaku dengan memperbanyakkan sujud”

2. Hamba yang terdekat pada Allah S.W.T. adalah ketika dia bersujud.

Itulah makna :

“Dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepada-Nya).” – Al-Alaq :19

dan

“Terdapatlah di muka mereka itu adalah bekas sujud…” – Al-Fath: 29

Yang bermaksud bekas sujud itu adalah bekas muka mereka yang menampal tanah sewaktu sujud. Juga ada yang mengatakan itu adalah nur kekhusyukan yang memancar dari ba tin kepaa lahir. Ada juga yang mengatakan bekas wuduk yang nampak pada muka pada hari Kiamat.

3. Menyebabkan syai tan berlari sambil menangis:

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Ketika anak Adam membaca (ayat) as-Sajadah. Lalu dia bersujud, maka syai tan lari sambil menangis dan berkata:

“Wahai cela kanya aku. Dia diperintah sujud lalu bersujud, maka untuknya Syurga. Sedang aku diperintah sujud malah derhaka, sehingga untuk kulah Nera ka.”

4. Antara Waktu Yang Paling Mustajab Berdoa.

Abu Hurairah berkata :

“Yang paling dekat seorang hamba kepada Allah adalah manakala dia bersujud. Oleh kerananya perbanyaklah doa ketika itu.”

Kesimpulannya.

Mari kita perbanyakkan melakukan solat sunat seperti solat dhuha, solat tahajud, solat witir dan pelbagai solat sunat lagi untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala. Janganlah kita cari alasan untuk tidak melakukannya sebaliknya carilah masa untuk melakukannya.

Ibarat kata pepatah melayu, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

Ikuti ceramah ringkas mengenai 3 Doa Saat Sujud Terakhir :

Sumber: semunyajdt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*