Jangan Simpan Patung Yang Cukup Sifat
Sudah menjadi kebiasaan di rumah, ratanya-ratanya akan menyimpan anak patung sebagai perhiasan dan permainan terutamanya bagi kanak-kanak. Namun, ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa perkara ini boleh mengundang gangguan yang tidak sepatutnya.
Perkongsian oleh seorang pengamal perubatan Islam, Zulaffendi Mohamad mungkin boleh membuka mata semua di luar sana.
PEMERHATI YANG TAK BERNYA WA
Dua hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa se ram bila masuk bilik dia.
Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa mcm diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yg memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya. Aduhhh, macam kembar dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa mcm patung tersebut dok perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya jugak. Betul-betul mengejek ni. Hahaha…dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemus nahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesa kit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yg ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan j1n asyik. Kerap mimpi disetu buhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANAN
- Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah.
- Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yg geram bila tengok kita sek si ketika tidur.
- Jangan pasang lagu2 yg melalaikan di dalam rumah.
Sumber : Zulaffendi Mohamad
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Jangan lupa komen dan share kisah ini untuk berkongsian manfaat bersama orang lain. Terima kasih.
Leave a Reply