Untungnya Muslim Yang Dapat Luang Masa Solat Dhuha. Ini 7 Kelebihannya Agar Menjadi Amalan Murah Rezeki

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Untungnya Muslim Yang Dapat Luang Masa Solat Dhuha. Ini 7 Kelebihannya Agar Menjadi Amalan Murah Rezeki

Doa ibu yang makbul sangat berkuasa untuk dijadikan perisai bagi mengharungi cabaran di rumah. Gunakanlah kesempatan waktu dhuha untuk menunaikan solat sunat yang amat dituntut ini.

Semoga para surirumah akan sentiasa diberi kekuatan dan menjadi sumber kemurahan rezeki serta rahmat Allah bagi seisi keluarga di dunia mahupun di akhirat, Insha Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Selain perkara wajib yang menjadi rutin, perkara sunat juga sangat dituntut bagi meraih keberkatan Ilahi. Walaupun kerja di rumah tak pernah putus, kita sebagai surirumah seharusnya tidak terlepas daripada merebut peluang menunaikan solat sunat dhuha pada setiap pagi.

Kenapa? Ini antara sebabnya.

7 Kelebihan Solat Dhuha Yang Menjadi Rebutan Surirumah

  • Dipermudahkan Urusan Harian
  • Cara Paling Mudah Untuk Bersedekah
  • Mendapat Pahala Umrah
  • Diampunkan Dosa
  • Meraih Rezeki / Keuntungan Besar
  • Motivasi Pagi
  • Rutin Sihat Untuk Tubuh & Minda

Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah di antara satu jenis amalan yang boleh memberikan ganjaran kepada mereka yang mengerjakannya. Dengan bersolat, seseorang itu akan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. Selain itu, sepertimana yang disebut di dalam doa, si pengamal yang memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan hati yang tenang.

Harus diingatkan di sini bahawa rezeki tidak semestinya datang di dalam bentuk wang ringgit sahaja. Ia boleh juga datang di dalam pelbagai bentuk, seperti deberikan kesihatan tu buh badan, rezeki yang sederhana menjadi cukup, mahupun perut yang tidak pernah kelaparan. Subhanallah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda di dalam hadith daripada Nuwas bin Sam’an:

Allah berfirman: “wahai anak-anak Adam, janganlah sekali-kali engkau malas dalam mengerjakan 4 rakaat pada permulaan waktu siang (iaitu solat dhuha), kelak pasti akanKu cukupkan keperluanmu hingga ke petang hari. (Hadith riwayat At-Tabrani)

Kerana banyaknya kelebihan solat dhuha, anda disarankan untuk menjadikan solat sunat ini sebagai rutin harian. Pada mulanya mungkin anda berasa berat untuk melakukannya namun begitu apabila anda sudah mula menjadikan solat sunat dhuha satu rutin seharian, anda pasti akan berasa hari anda tidak lengkap jika terlepas untuk mengerjakannya.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberikan manfaat untuk amalan kita bersama. Selamat beribadat dan In Sha Allah, mudah-mudahan doa & permintaan kita dimakbulkan oleh yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*