Ustaz Cerita Nikmat Amalan ‘Doa Pembuka’. Mencurah2 Rezeki Datang, Saat Tak Disngka
Assalamualaikum, baru-baru ini Ustaz Jaafar ada bercerita kepada saya tentang rakannya yang diberikan rezeki tak disangka-sangka. Kawan ustaz tu sentiasa mengamalkan ‘doa pembuka’ sebelum dia mohon doa-doa lain pada setiap kali beramal..
Waktu solat, atau asal dia teringat je, pasti dia akan amalkan doa ini.
Dan suatu hari, di saat kawan ustaz tu agak ‘memerlukan’ rezeki lebih, Allah telah permudahkan urusannya. Allahuakhbar ! … Ini cerita ustaz mengenai kawannya tu. Ini cerita ustaz tu.
Kisah rakan sekerja yang diberi rezeki tak disangka
Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada sahabat saya disaat dia menghadapi kesukaran kewangan dalam hidupnya. Inilah bukti-Nya. Allah sentiasa bersama dia kerana pada masa begini tiba-tiba kawan saya ni teringat, semasa memandu dia kereta, ada ceramah di radio yang disampaikan oleh seorang ustazah mengenai amalan membaca ‘Doa Pembuka’ ini, jadi dia pun terus amalkan doa tu setiap hari sampai sekarang …
Begini ceritanya. Awal tahun saya yang penuh ‘sesak’, dipermudahkan Allah dengan rezeki tak disangka.
Ustaz. Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu ustaz… Umur saya ni dah hampir separuh abad, tapi baru sekarang saya tahu tentang kelebihan doa ini …
Kata kawan ustaz tu lagi.
Saya rasa kan ustaz, mana-mana ibu bapa yang masih mempunyai anak bersekolah, tentunya akan merasai sedikit tekanan perbelanjaan untuk menyediakan persiapan sekolah anak-anak. Pakaian, baju, seluar, buku, peralatan sekolah, yuran antara komitmen yang perlu dia diselesaikan apabila bermula sesi persekolahan baharu.
Kalau tak sdia awal dengan menabung wang gaji, memanglah perit. Tambahan pula, baru-baru ni kan cuti sekolah, lepas cuti lama, bawa anak berjalan-jalan pun memerlukan kos yang agak besar. Setahun sekali bawa anak-anak berjalan kan … sambal-sambil, kita pun boleh release daripada kerja kan ?
Namun, saya syukur ustaz, walaupun taklah begitu berat sangat masalah ni, sebab saya dan isteri ada juga simpanan sedikit, tetapi perbelanjaan menjadi agak terhad la kan ….
Masa cuti yang lalu, anak-anak saya minta nak berjalan-jalan, jadi plan ngan isteri nak bawa mereka ke PD. Cuti sekolah, mestilah harga hotel mahal-mahal kan ?
Saya teringat ada sorang kawan yang pandai cari hotel harga murah, saya kata nak stay 3 hari 2 malam dan nak cari apartment. Saya pun tahu, harga musim cuti tentulah 3-4 ratus satu malam kan? Jadi saya dan isteri dah standby la duit paling kurang RM800.00 utk hotel je.
Nak jadi rezeki, kawan saya kata, ada yang murah bila check dalam Apps. Wah ! berapa tu ? Kawan saya kata kan ustaz, RM199.00 satu malam untuk apartment 2 bilik siap dengan sarapan.
Ya Allah, kalau 2 hari maknanya tak sampai la RM400 kan ? Dah boleh jimat hampir separuh dari peruntukan untuk menginap di hotel.
Jadi pergilah kami sekeluarga, saya dan isteri bersama 7 orang anak. Bercuti di Port Dickson selama 3 hari dengan kos yang dapat paling minimum untuk sekeluarga kami 9 orang.
Selepas pulang kan ustaz. Kami memang dah bercadang nak mengkhatankan anak. Jadi kami teruskan dengan khatankan anak lelaki seperti yang dirancang sebelum cuti sekolah lagi.
Biasa orang buat majlis, tapi kami tak buat la majlis besar ustaz. Bukan sebab kedekut, tapi kami memang nak buat sederhana je …
Pakat dengan isteri, kami hanya jemput jemaah masjid datang rumah selepas subuh. Tahlil, doa selamat dan jamuan.
Selepas Subuh ?
Di tempat kami memang biasa buat kenduri lepas subuh ustaz. Dah jadi amalan jugak la… Best kan? Kenduri lepas Subuh.
Mungkin ramai yang jarang dengar orang buat kenduri Subuh. Tapi biasa di tempat kami. Kebetulan jemaah subuh di tempat saya memang ramai hari tu, lebih daripada 3 saff. Ramailah… makanan pun cukup untuk semua jemputan.
Alhamdulillah …
Keesokan hari, lepas pulang solat subuh di masjid,
Mcm biasala ustaz, saya sembang-sembang dengan isteri sebelum keluar mencari sarapan dan beli ikan di market.
Sembang-sembang, pasal nak tengok budget belanja sekolah anak-anak. Macam banyak je nak belanja… fikir-fikir, kalau tak cukup mcm kena juga cari la loan-loan koperasi ke, Bank Rakyat ke … heeheh … kan ustaz ?
Sambil tu saja je cuba buka CIMB Clicks. Nak tengok baki yang tak berapa ada tu.
Bila check … Subhanallah !!!
Ada duit masuk lebih RM13,000.00.
Dari mana duit ni?
Bila saya semak transaksi kan ustaz, rupanya ada langganan insurans anak dan family yang dah matang. Apa lagi, terus saya dan isteri sujud syukur.
Mana nak sangka, dengan keperluan yuran anak di universiti, nak sedia anak sekolah, dan macam-macam lagi belanja akhir tahun, Allah permudahkan rezeki saya sekeluarga …
Jadi ustaz, saya rasa, ini ke keberkatan saya amal doa pembuka setiap hari ustaz ? Kalau ianya menjadi asbab, saya nak kongsi la dengan semua.
Selain daripada amalan wajib yang saya buat sebagai orang islam, mungkin amalan doa pembuka ni jadi asbab kepada pertolongan Allah yang tak pernah disangka-sangka yang memang saya sertakan sebelum saya baca dengan doa-doa yang lain.
Wallahualam …
Dan ustaz cakap pada kawan dia tu … mungkinlah, itulah tanda Allah makbulkan doa yang kawan dia minta. Subhanallah.
Itulah cerita yang disampaikan semula oleh Ustaz Jaafar kepada saya.
Amalan doa pembuka
Setiap doa memiliki keistimewaan tersendiri. Salah satunya adalah doa yang dapat menjadi pembuka ke atas dikabulkan doa-doa lain yang diharapkan oleh seorang hamba-Nya. Berikut ini adalah doa salah seorang sahabat yang diakui sebagai amalan doa pembuka yang baik oleh Rasulullah SAW.
Ertinya :
“Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.”
Doa ini diambil oleh Imam An-Nawawi dari Sunan Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Buraidah RA yang selengkapnya dapat dilihat pada hadits berikut ini:
وروينا في سنن أبي داود والترمذي والنسائي وابن ماجه
Ertinya, “Kami diriwayatkan di Sunan Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Buraidah RA bahwa seuatu ketika Rasulullah mendengar salah seorang sahabatnya berdoa dengan lafal, ‘Allahumma inni as’aluka bi anni asyhadu antallaannaka hu, la ilaha illa antal ahadus shamad, alladzi lam yalid wa lam yulad, wa lam yakullahu kufuwan ahad.’
Rasulullah SAW lalu menyambutnya, ‘Kau telah memohon kepada Allah dengan nama (agung) yang mana Dia akan memberikan karunia-Nya bila diminta dengan nama tersebut, dan Dia akan mengijabah seseorang yang berdoa memanggil-Nya dengan nama tersebut,’” (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 336).
Dengan doa ini, moga kita yakin dan tawakkal akan menjadi kalimat kunci atas doa-doa lain yang kita minta kepada Allah.
Wallahu a‘lam.
Sumber: FB Jaafar Ab Rahman
Leave a Reply