Mak Ayah Tolong Jangan Abai 6 Tips Ini Bila Nak Hantar Anak Ke Rumah Pengasuh

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Mak Ayah Tolong Jangan Abai 6 Tips Ini Bila Nak Hantar Anak Ke Rumah Pengasuh

Hai semua, thank you ad min kalau disiarkan harap dpt bg sedikit ilmu utk parents hantar baby atau anak2 ke rumah pengasuh. Saya ibu kepada seorang anak 9 bulan. Anak first. Belum lg hantar anak ke babysitter (bs). selama 9 bulan ni saya teragak agak utk accept mana2 job offer sebab malaysia tak habis habis dgn isu pende raan di rumah pengasuh.

Pengasuh dari n3raka. Itulah hakikatnya bila tiap kali saya tengok berita di kaca tv. Mcm mana seorang dewasa tergamak mende ra anak anak kita yg masih belum mampu bercakap, yg mendambakan perhatian dan kasih sayang?

So dekat sini. Saya kumpul sedikit ilmu utk saya sebagai bekalan before hantar anak ke pengasuh nanti.

1. Check pampers anak

Sediakan segulung plastik. Bekalkan plastik sampah utk pengasuh letak pampers anak kita. Kenapa saya ckp mcm tu? Plg senang, supaya kita tahu betul ke pengasuh susukan anak kita? Jika ya, mesti setiap pampers berat dgn air kencing dan pasti jugak ada berak. Itu salah satu jugak cara utk tahu sama ada pengasuh rajin atau tak tukar pampers anak setiap 4 jam. Hehehe. Nak taknak mestilah dorg buat kan? Masa korang nak ambil anak tu pengasuh kena serahkan plastik sampah yg ada pampers yg dah diguna.

Mak mak tolong strict psl ni ye, sbb baby boleh cepat dehydrated jika tak disusukan. Balik rumah sebelum buang pampers td tolong lah belek pampers anak tu. Tengok warna air ken cing keruh atau jernih? B3rak warna apa? Supaya kita dpt monitor apa yg anak minum atau makan yg diberi oleh pengasuh luar dari pengetahuan kita

2. Masak sendiri makanan anak

Utk baby 6 bulan ke atas dah boleh makan kan? Jd mak mak tlg masak sendiri. Jgn harap pengasuh masak utk anak. Tlg buat supaya memudahkan urusan pengasuh menjaga anak dan diri pengasuh jugak. Dia pun nak jugak buat kerja lain kan. Mak mak tolong masak dan asingkan makanan anak ikut time breakfast, lunch dan makan petang. Letak dlm thermos supaya senang je pengasuh terus suap ke anak. Sediakan kudap kudap seperti buah. Plg simple dan senang kan

3. Lawatan mengejut

Dalam sebulan sekali cuba dtg jenguk anak dirumah pengasuh secara mengejut. Letaklah alasan apa pun supaya pengasuh tak terasa hati. Supaya kita dpt monitor environment anak kita yg duduk seharian di rumah pengasuh

4. Belek badan anak

Rajin belek badan anak. Kalau ada tanda lebam2 terus ke klinik. Dapatkan rawatan. Tanya pengasuh then cari la pengasuh baru. Kalau saya mmg takkan percaya alasan apa pun. Sbb 9 bulan dah saya jaga anak tak pernah lebam2.

5. Rapat dengan pengasuh

Mmg bagus kalau kita rapat dgn pengasuh. Sekali sekala bg la hadiah apa2 dkt pengasuh supaya dia rasa dihargai. Tp tetap kena strict hokay.

6. Pilih yang ada CCTV

Hantar anak ke nursery yg ada cctv mgkin byk membantu buat mak mak lega?

Sekian dulu utk tips saya sbb dah lenguh tangan kalau ada lg tips korang boleh la drop komen kat bawah. Saya pun nak dgr jugak tips dari mommy hebat semua!

Thank you!

Mama p4Ran0id via IIUMC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*