Kisah Kehebatan ‘Doa Nabi Ibrahim’. Jadi Amalan Utk Perlindungan Diri Dan Mudah Urusan

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Kisah Kehebatan ‘Doa Nabi Ibrahim’. Jadi Amalan Utk Perlindungan Diri Dan Mudah Urusan

Assalamualaikum semua. Jazakumullah khairan untuk semua pembaca yang memberikan kata2 semangat dan mendoakan aku sekeluarga. Semoga Allah berikan kebahagiaan yang terbaik untuk kalian.

Kali ini aku nak share zikir yang sangat membantu aku dalam proses melalui kehidupan. Dan ada insiden2 yang efeknya nampak serta merta. Aku mintak maaf awal2 tulisan aku memang panjang. Aku tak pandai nak pendek2kan.. Tak feel nanti.. hehe..

Zikir

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” (Ali Imran:173)

Insiden 1

Masa ni aku F3, duduk asrama. Ada kes terjadi yang aku sebagai pengawas tidak mengendalikan kes tersebut dengan bijak. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati oleh beberapa rakan sekelas aku. Biasa kan kelas prep mula lepas habis Solat Isya’ tapi sapa yang tak boleh solat boleh terus ke kelas. Kebetulan pulak yang tak boleh solat masa tu aku dan beberapa rakan yang tak puas hati tulah.

Waktu tu aku personally pergi minta maaf kepada si Orked yang boleh kata jadi “mangsa” my unprofessionalism dan dia kata ok dia maafkan. Tapi kawannya Kasturi & Cempaka masih tak puas hati sedangkan perkara tersebut takde kaitan pun dengan mereka.

Seat mereka di belakang aku. Dan sepanjang 1jam stgh dari maghrib sampai isya’ mereka mengutuk aku macam2, perli2 aku, cuba macam2 untuk menaikkan da rah aku. Sepanjang masa tu aku buka buku dan cuba baca, mulut tak henti2 baca zikir di atas, telinga aku ni xtau lah jenis bionik ke atau telinga kuali, alert je dengan perbualan di sekitar walaupun aku cuba untuk tak fokus. hahaha..

Korang boleh bayangkan tak betapa tak synchronize nya deria2 aku ketika tu. Jangan tanya lah aku baca tu masuk ke tak masuk. Memang konpem tak lah kan.. hahaha..

Amazingly, hati aku tak rasa sa kit langsung. Sedikit pun kata2 ca cian, ma kian, hi naan Kasturi & Cempaka tak masuk dalam hati.. aku masih boleh buat biasa dan seolah2 takde perasaan langsung.. sampai in the end mereka fed up dan give up sendiri nak cuba buat aku marah. SubhanAllah… Maha Suci Allah hebatnya kuasa Dia.

Insiden 2

Flashback cerita aku sebelum ni bila bks-hb first tampar aku. Masa tu aku tengah berdiri. Tetiba dia meluru kat aku dan tam paran dia buat aku terus jatuh. Aku terkejut sangat tak sangka dia sampai hati naik tangan. Aku takut ada sera ngan susulan so aku spontan duduk angkat tangan dan berdoa dengan zikir ni. Dia tengok aku macam tu dia terus keluar rumah. Kali kedua sera ngan dia tu aku tak baca zikir ni sebab aku dah set nak biar ada kesan supaya aku boleh buat repo rt po lis.

Insiden 3

Masa ni aku dah kahwin lain dan ada anak baru. Aku kerja dengan syarikat cina dah 2 thn. COO baru boleh kata agak ra cist. Tapi dengan pekerja cina pun dia pilih kasih juga. So memang ramai juga tak suka dia. Sepatutnya department tu aku senior executive dan bawah aku ada 1 executive dan 2 assistant untuk jaga 2 anak syarikat. Tapi COO ni dah ambil satu pekerja cina perempuan yang se ksi dan manja (Ah Moi) untuk jadi senior executive untuk syarikat lagi satu.

So kira aku ni satu level dengan Ah Moi lah. Tapi yang aku agak bengang sebab masih kena check keje si Ah Moi ni juga. Tapi takpe sod ba ro.. Yang asistant untuk Cemerlang pun tak suka dengan Ah Moi dan asyik mengadu dengan aku. Tapi aku takleh buat apa lah.. takde kuasa.

Sebelum kemasukan Ah Moi, aku kena join weekly meeting yang dihadiri oleh top management. Sejak ada Ah Moi, COO kata Ah Moi kena join juga sebab dia pun sr. exec. Sekali je Ah Moi join, pastu bos2 tak suka macam ramai sangat orang dan next weeknya tu dengan aku2 sekali tak payah masuk meeting. So COO je yang akan jawab bagi pihak kami. Aku ok je malas nak fikir. Tak masuk lagi bagus boleh buat kerja. Tapi seriously memang terasa juga dan rindu nak tengok bagaimana bos2 handle masalah bisnes.

Satu hari, aku tak ingat pasal apa, Ah Moi buat fitnah apa tah pasal aku. Siap nangis2 dengan muka ayu dia tu (tak tipu, dia memang lawa.. hehe).. Aku bengang jugalah tapi aku fikir sapa nak percaya cakap aku. (Aku tak lawa n single macam dia.. eh? hahaha..) COO memang sah2 lah backup Ah Moi. Aku melayu. Ni company cina. So apa yang aku buat, minggu tu aku berzikir hasbunallah ni sebanyak2nya… aku sibukkan diri dengan repo rt, dengan keje, dengan part time bisnes.. aku set minda aku takde masa nak layan. Aku kena cari duit untuk anak2.

Assistant Cemerlang tanya aku kenapa aku boleh rilek je dengan fitnah tu. Aku jawab “Busy lah”. Bukan floor kami je Ah Moi bawak mulut. Kat floor atas pun dia cerita juga. Beberapa hari lepas tu si Leng Chai ni dari floor atas pangkat manager, time makan kat pantry dia tanya aku pasal kes tu. Aku cerita hal sebenar. Dia cakap itulah dia pun tak caya dengan Ah Moi, drama air mata lebih. Hahaha… walaupun Leng Chai tak dapat tolong aku sebab takde kuasa, tapi bila dia cakap camtu aku lega lah ada yang tak termakan dengan fitnah tersebut.

Beberapa bulan lepas tu Ah Moi berhenti kerja. Dan lepas tu juga ada satu masalah berlaku yang buat top management berbalah sikit lah dalam email. Dan yang paling aku terharu bila adik bos buat statement “Kalau si JC ni ada dalam meeting, benda ni takkan berlaku.” Hahahaha gelak besar aku padankan muka COO. Tapi gelak dalam hati jelah. hehehe…

Korang boleh goo gle pasal zikir ni.. ni adalah doa Nabi Ibrahim di saat Namrud lemparkan baginda dalam api. Dan api tersebut menjadi sejuk. Banyak lagi contoh2 zaman Rasulullah SAW dan para salafussoleh yang menerangkan tentang dahsyatnya kehebatan zikir ni. Penyanyi Indo nesia Yoga Al Ghazali pun ada buat lagu pasal zikir ni. Best sangat.

Mesti korang tertanya2 klu aku dah tau kehebatan zikir ni kenapa aku boleh kena post na tal depression kan? Malu aku nak cakap.. fasa tu adalah fasa aku jauh sangat dengan Allah.. dosa2 aku menjadi hijab. Aku buat ibadat tapi expect immediate result which is untuk bks balik pada aku dan lupakan orang ketiga.

Bila keadaan berlaku sebaliknya aku jadi marah.. ja hatnya aku.. huhu.. Allah bukan “orang suruhan” untuk tunaikan permintaan aku as and when i want. Astaghfirullahal’azim… Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Penerima Taubat telah simpan untuk aku a good man & a beautiful life, which I have to earn it. Dalam perjalanan menuju bahagia tu Allah telah hantar sahabat2 yang baik yang memberikan aku kekuatan untuk bangkit semula. Itupun aku dah syukur sangat2..

Sesungguhnya kasih Allah dan Rasulullah SAW terhadap kita mengatasi kasih sayang ibu / bapa / suami / anak / sahabat pada kita. Jika ada pembaca yang sedang dalam fasa kejatuhan, kemurungan, kesedihan, percayalah Allah sayang kita.. Bacalah zikir di atas dan yakinlah pertolongan Allah pasti tiba dalam bentuk yang terbaik untuk kita, bukan yang kita mahukan.

Sumber: JC via IIUM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*