“Kenapa Ibu Tipu? “, Luah Hati Seorang Anak Yang Tak Sempat Kata Sesuatu Terhadap Ibunya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

“Kenapa Ibu Tipu? “, Luah Hati Seorang Anak Yang Tak Sempat Kata Sesuatu Terhadap Ibunya

Kata-kata ini tentunya akan mengingatkan kita kembali tentang seberapa besar pengor banan seorang ibu. Ibu adalah seorang wanita yang begitu perkasa, tegar, sekaligus mencintai kamu semua. Karena ibulah kamu hadir didunia ini.

Berikut antara kenangan yang dikongsi penulis untuk tatapan kita.

Ketika aku masih kecil aku memang tidak kenal erti kesusahan.. yang aku tau bila lapar makan.. pernah satu hari nasi yang ku makan tidak cukup lalu ibu memberi sebahagian nasinya padaku.. katanya makanlah ibu tidak lapar

Sejak ayahku mening gal ibu sering pergi menangkap ikan untuk mencari lauk untuk dimakan.. aku lihat ibu hanya memakan sisa2 daging yang melekat di tulang ikan.. bila aku memberinya ikan ibu kata makanlah ibu tak makan ikan

Ketika aku di sekolah rendah aku pernah mengajak ibu untuk menemani ku ketika peperiksaan.. dari dalam dewan kekadang aku lihat ibu sapu peluh di dahi akibat cuaca panas di luar.. ketika keluar dewan aku terus meluru kearah ibu lalu ibu tuangkan air kopi yang dibawa dari rumah.. aku bagi ibu air tp ibu menolak dengan alasan ibu tak dahaga.

Ibu juga pernah berjaga malam untuk buat kuih jualan bagi menampung hidup kami. bila aku terjaga aku nampak ibu tersengguk-sengguk.. aku menghampiri ibu.. aku tanya kenapa ibu masih tak tidur.. ibu cakap kamu tidurla dulu, ibu belum mengantuk

Pernah orang kampung mahu memberi bantuan kepada keluarga kami… tak kurang jgk yang mau ibu kahwin lagi tuk menemani ibu, tapi ibu cakap ibu tak sunyi.

Apabila aku dewasa setelah habis belajar aku mendapat pekerjaan yang baik.. aku pernah mempelawa ibu untuk bercuti ke luar negara.. kerana bagiku pada waktu seperti ini ibu sepatutnya berehat.. tapi ibu kata tak pe lah, ibu tak biasa kat tempat orang

Abang, kakak dan aku pernah mengirim duit untuk ibu belanja tapi ibu bagi balik duit tu.. kata ibu, ibu tak susah… ibu ada duit

Hari tu ibu sa kit dan perlu membuat pembe dahan.. aku segera pulang menemui ibu.. ketika di hospital ibu senyum melihat aku.. aku tau ibu sa kit akibat dari pembe dahan itu.. tapi ibu tetap senyum dan kata jangan la nangis ibu tak sa kit…

Hari ini akhirnya ibuku telah tiada.

Aku memang menyayangi ibu tapi dalam tempoh aku bersama ibu belum pernah aku memberitahunya :

” Ibu, aku sayang padamu … “

Sumber : detikislam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*