
Doa Ringkas Tapi Mujarab. Amalkan Ayat 19 Surah Al-Waqiah Jika Anda Sa kit Kepala
Ramai di antara kita sering sa kit kepala ataupun pening kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sa kit balik. Mak ai…. Makin bertambahlah pening dibuatnya.
Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sa kit kepala iaitu :
- Berpunca dari bahagian dalam kepala
- Berpunca dari bahagian badan yang lain
Sa kit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tu mor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.
Manakala bagi sa kit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun ser vikogenik.
Ringkasnya, sa kit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.
Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh… memang sa kit.
Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sa kitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sa kit kepala yang berpunca daripada ketegangan.
Akibatnya, penghi dapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.
Bagi pening kepala jenis ser vikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.
Baiklah, walau apapun jenis sa kit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu doa ringkas tapi mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video yang disertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.
Caranya;
- Letakkan tangan kanan anda pada bahagian kepala yang sa kit
- Baca ayat 19 Surah Al-Waqiah secara berterusan sampai hilang rasa sa kit kepala anda
Mengikut pengalaman saya, tangan anda mungkin akan terasa panas sedikit selepas beberapa ketika membacanya disebabkan bahang panas yang keluar dari kepala.
Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sa kit kepala anda. Amiin.
Leave a Reply