Ibu Pelik, Tiba-tiba Terasa Macam Ada Makmum di Sebelah. Gelagat Si Bulus Ikut Solat Cvri Perhatian

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ibu Pelik, Tiba-tiba Terasa Macam Ada Makmum di Sebelah. Gelagat Si Bulus Ikut Solat Cvri Perhatian

Kucing adalah antara haiwan yang penuh dengan telatah dan ragam yang menggelikan hati. Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya penggemar haiwan tersebut.

Kucing juga adalah haiwan yang sering diambil sebagai haiwan peliharaan. Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Bukan itu sahaja, menjaga kucing juga tidaklah sukar kerana cara penjagaannya yang sangat mudah.

Baru-baru ini dalam satu perkongsian di laman Twi tter, seorang gadis telah memuat naik gambar menarik mengenai kucing peliharaan ibunya

Gadis yang menggunakan nama AstroSharafina dalam laman Twi tter itu telah berkongsikan beberapa gambar gelagat comel kucing itu yang telah mengikut pergerakan ibunya ketika sedang solat Maghrib.

Yang menariknya, telatah comel kucing itu menampakkan seakan-akan ia sedang menjadi makmum kepada ibu gadis itu. Siap sama ikut sujud!

Ternyata gelagat lucu kucing itu telah menarik perhatian ramai netizen yang mana masing-masing meninggalkan komen di ruangan Twi tter milik gadis itu

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen lebih-lebih lagi yang merupakan pencinta dan pembela kucing turut memuat naik gambar karenah kucing mereka yang sangat menghiburkan.

Lihat gambar-gambar tersebut:

Kucing ini memang makhluk yang pelik kan?

Tapi mashaAllah comelnya alahai kucing rasa nak picit-picit!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*