Dari Seorang Yang Tak Percaya Tuhan, Dibukakan Hati Ucap Syahadah Hanya Perkara Ini
Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan daripada sesiapa. Jikalau seseorang itu sudah dipilih oleh-Nya sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka. Sama seperti yang berlaku kepada seorang gadis warg anegara Itali yang sebelum ini merupakan seorang ath eist.
Baru-baru ini, seorang pen untut di Univ ersiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bernama Giovanna Wolswijk telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Syahadah di univ ersiti terbabit
Dia telah melafazkan dua kalimah syahadah disaksikan oleh pens yarah, teman-teman serta jemaah Masjid.
Giovanna yang merupakan pen untut Ijazah Sar jana di Ins titut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) di UMT itu menyatakan dia mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan Al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT, sekali gus membuka hati saya mendalami Islam,” katanya kepada sebuah akhbar.
Menurut gadis berusia 24 tahun itu lagi, dia mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan-rakan yang lain selain belajar untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum benar-benar melafazkan kalimah berkenaan.
Tambah gadis itu lagi, proses pengislamannya berjalan lancar melalui Pu sat Islam Sultan Mahmud (PISM) yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sejak dia mengutarakan hasratnya untuk memeluk Islam
Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Peng arah PISM, Dr Riswadi Azmi berkata, PISM UMT akan memberi tumpuan kepada saudara baru dengan sumbangan awal zakat bernilai RM1,000 dan sumbangan zakat berterusan setiap semester bernilai RM700 sehingga tamat pengajian.
Bukan itu sahaja, PISM turut melantik peg awai angkat kepada Giovanna untuk bimbingan berterusan dan mengadakan kelas ‘Sharing Islam Class’ yang diadakan setiap minggu di PISM, UMT
“Kami membuka seluasnya ruang dan peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk mengenali dan mendalami Islam sebenar dengan mengunjungi PISM dan sedia membantu sekiranya memerlukan bantuan dan penjelasan mengenai Islam,” katanya.
Alhamdulillah.
Sama-sama kita mendoakan agar Giovanna istiqamah dan sentiasa dipermudahkan urusan atas jalan yang mulia ini.
Leave a Reply