Bawa Keputusan UPSR Ke Ku bur Ibu, Tangisan Murid Ini Undang Rasa S3bak

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Bawa Keputusan UPSR Ke Ku bur Ibu, Tangisan Murid Ini Undang Rasa S3bak

Semua pasti sedia maklum di mana hari ini merupakan hari keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Pastinya ada pelbagai perkongsian kisah kejayaan anak-anak diabadikan di dalam media sosial sebagai kenangan.

Para ibu bapa pastinya berdebar menantikan keputusan pertama peperiksaan umum sepanjang zaman persekolahan rendah anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, tidak semua murid dapat merasa berkongsi kisah kejayaan keputusan mereka dengan ibu bapa. Malah, lebih pilu lagi apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Di dalam satu perkongsian daripada seorang pengguna Fa cebo ok, Aishah Mat Akat telah memuat naik gambar-gambar cucunya yang membawa slip keputusan UPSR singgah ke tanah perku buran bagi menziarahi pusara ibunya.

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu. Teruskan perjvangan mu… Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan… Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..

Murid tahun 6 tersebut yang dikenali dengan nama Ila kelihatan sebak di hadapan ku bur ibunya dan seakan menunjukkan keputusan yang telah diperoleh untuk berkongsi dengan Allahyarhamah.

Opahnya mengucapkan tahniah buat Ila dan mengatakan ibunya pasti berbangga dengannya jika ada bersamanya di saat ini.

Opahnya juga menasihatinya supaya meneruskan perjuangan dan tabah dengan segala dugaan mendatang.

Ternyata perkongsian oleh opahnya itu benar-benar telah mengundang rasa sedih netizen sehingga mendapat lebih daripada 3000 perkongsian.

Rata-rata net1zen tersentuh hati dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar adik berjaya di dalam kehidupannya.

Sumber:yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*