Sempat Tunai Hajat Pakai Uniform Bomba, Danial ‘Pergi’ di Pagi Jumaat Yang Hening

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Sempat Tunai Hajat Pakai Uniform Bomba, Danial ‘Pergi’ di Pagi Jumaat Yang Hening

Sebelum ini akhbar ada mel4porkan tentang hasrat seorang kanak-kanak yang menghid4p k4nser otak untuk mengenakan pakaian seragam bomba. Ahmad Danial Ahmad Suhairi yang menghidap k4nser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat dikhabarkan telah meningg4l dunia.

Menerusi perkongsian oleh SR Islam Al-Irsyad Balok, adik Ahmad Danial telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 4 pagi. Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun.

Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi.

Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis k4nser otak pada Mac yang lalu. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Jen4zah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.

Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga

Khabar dvka itu turut disampaikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak K4nser (Pesona) menerusi laman Fbk miliknya. Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.

Sebelum ini, bapa Ahmad Danial memberitau dirinya merasa bangga apabila melihat anaknya mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama pada 5 Oktober lepas.

Menurut Ahmad Suhairi Ali, 33, walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.

Ahmad Suhairi memberitahu, Danial memang teringin untuk menjadi seorang anggota bomba. Malah, setiap kali dia melihat jentera pasukan beruniform tersebut, pasti dia akan teruja.

“Danial (panggilan Ahmad Danial) memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.”

Ahmad Suhairi juga berharap perkara ini menjadi kenangan yang paling manis buat anaknya itu. “Saya harap ini menjadi kenangan paling manis untuk anak dan berterima kasih kepada semua yang menjayakannya,” katanya. Ahmad Danial dikesan mengh1dap penyakit itu pada bulan Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang jvling.

“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap k4nser otak sebelum disahkan sebagai k4nser jenis DIPG.” Takziah diucapkan buat Ahmad Suhari sekeluarga dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sumber: yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*